Monday, August 31, 2015

KARI DAGING KERISIK / BEEF CURRY


Istimewanya kari daging ini ia boleh dimakan dengan nasi, dengan pulut kuning, dengan roti jala, roti canai dan apa-apa jenis roti. Saya suka masaknya pekat dan menggunakan 3 paket kecil rempah kari Baba's. Kerisik dimasukkan untuk menambah kelazatan...kentang untuk memuaikannya dan yogurta digunakan untuk menggantikan santan.

Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa kita, jika inginkan cair tambahkan air. Paling best juadah ini ialah menggunakan daging batang pinang. Saya merebuskan daging ini dahulu supaya ia cepata empuk. Air rebusan daging digunakan untuk adjust kepekatan kuah.


Kari Daging Kerisik


  • 1/2 cawan minyak sapi
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan dipotong 2
  • 1 kg daging kambing batang pinang (direbus dan simpan air rebusan guna pressure cooker)
  • 4 biji kentang dibelah 4
  • 2 biji tomato ~ potong 4
  • 2 biji hijau dibelah 2
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 sdb kerisik
  • gula secukup rasa 
  • Garam secukup rasa
  • Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah

  • 15 ulas bawang merah
  • 2" halia 
  • 5 ulas bawang putih

Blend semua bahan dan gaul dengan Rempah serbuk

Rempah Ratus

  • 5  kuntum bunga cengkih
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 5  biji buah pelaga
  • 3  kuntum bunga lawang
Rempah Serbuk

  • 1 sudu besar garam marsala 
  • 3 paket rempah kari daging

  1. Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
  2. Masukkan daun kari, daud pandan, hirisan bawang besar, tumis sehingga kekuningan
  3. Masukkanrempah ratus dan pes rempah.
  4. Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum dan pecah minyak
  5. Masukkan rebusan daging,  air daging dan kentang, biar sehingga kedua-dua empuk.
  6. Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
  7. Masukkan asam keping renihkan, sehingga daging empuk.
  8. Masukkan tomato,cili hijau dan yogurt
  9. Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
  10. Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

1 comment:

Siti Zawiyah Rahmat said...

Best juga boleh tambah kerisik ye..
Mesti bertambah sedap!

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...