Tuesday, August 18, 2015

KULAT SISIR LOMAK KELEDEK


Susah dapat kulat sisir ini, kalau rajin mencari dan kalau nasib baik bolehlah dapat di Pasar Tani. Memang dah lama berhajat cuma baru ini terjumpa. Penting memasak kulat ini ialah cara membersihkanya dan kulat ini paling sedap dimasak lomak cili padi. Saya masukkan sedikit keledek kerana itu yang pernah saya maka ketika arwah umi masih ada.

Sedap makan bersama nasi dan merupakan selera kampung yang digemari.


Lomak Kulat Sisir

  • 2 cawan kulat sisir  kering
  • 2 biji keledek dipotong kecil
  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2" kunyit hidup
  • sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan sederhana pekat 
  • garam & serbuk perasa secukupnya


Cara menyediakan.
Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam.  Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya.  Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Cucurkan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur.  Tumbuk manja2 je ye.
2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang besar & kunyit hingga lumat.

3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, keledek.
4. Masak hingga keledek agak empuk kemudian masukkan kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.  Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau.  Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur. 




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    2 comments:

    fazian batrisyia said...

    Nampak sgt sedap. Rasanya lama benar tak makan kulat sisir ni...kecik2 dulu pernah makan.

    agen resmi Balikpapan said...

    kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...