Sunday, August 30, 2015

LODEH SAYUR


Lodeh Cik Mat Lodeh, Lodeh anak mak salleh...ha..ha..setiap kali masak lodeh pasti teringat lagu cik Nita ni. Itu tandanya Masak Lodeh ini cukup popular. Masakan popular orang Jawa Malaysia. Mungkin adaptasi dari seberang yang dibawa oleh masyarakat Jawa ke sini. Menarik kuah lodeh ini ia banyak menggunakan sayur, sebarang jenis sayur boleh digunakan termasuk nangka muda.

Saya pernah makan lontong di Medan dan lodehnya rata-rata menggunakan nangka muda. Biasanya lodeh ini dimakan bersama lontong. Juadah kegemaran terutama di hari Lembaran.



Kuah Lodeh

Bahan-bahannya :
  • 12 tangkai kacang panjang - dihiris serong
  • 70 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 1/2 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
  • 1 biji sengkuang saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
  • 5 keping tempe, dipotong kiub digoreng dahulu
  • 2 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
  • 1/2 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
  • 2 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancish 
  • 2 biji cili merah dihiri memanjang
  • 1 biji terung panjang dihiris nipis
  • 2 cekak soo hoon, kerat pendek
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • garam dan perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumis:
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 lengkuas, diketuk
  • Sedikit minyak

 Bahan-bahan kisar halus :
  • 2 biji bawang besar
  • 2" kunyit hidup
  • 3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

  Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan hirian cili merah. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu, terung dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. da masukkan ke dalam sayur lodeh.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...