Sunday, August 23, 2015

KERABU DAGING THAI / THAI BEEF SALAD



Menarik tentang kerabu Thai ialah sosnya. Memahami menyediakan sosnya...maka bahan-bahan lain adalah segalanya dan bergantung apa yang kita suka. Untuk kerabu ini saya rebus aje dagingnya, biasanya saya grill tetapi kali ini ada malas jadi saya rebus aje. Saya guna 2 jenis cili bangla untuk mewarnai kerabu ini. Kepada yang suka serai bolehlah dihiriskan, saya cuma make it simple aje. Sedap makan bersama nasi panas atau meratah begitu aje


Kerabu Daging Thai

  • 350 gram daging/fillet steak
  • 1/2 biji cili banglas hijau hiris memanjang
  • 1/2  biji cili bangla merah hiris memanjang
  • 1/2 biji cili bangla kuning hiris memanjang
  • 7 biji cili padi hiri nipis
  • 1 paket kecil su'un di rendam dan rebus dahulu
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 4 daun salad,utk hiasan
  • 15 gram daun ketumbar dihiris,utk hiasan


Untuk Sosnya

  • 2 sudu besar fish sauce
  • 4 sudu besar jus limau/lime juice
  • 1 sudu kecil gula atau gula gabung thai
  • 1/4 sudu kecil roasted serbuk cili
  • 3-4 bawang putihs,dihiris halus


Cara-cara

  1. Panaskan Pan/grill dlm panas sederhana
  2. Letakkan daging tadi di atas grill & taburkan dgn garam & pepper di kedua belah daging tadi.
  3. Masak dalam 5-7 minit dan terbalikan daging tadi selalu/kerap agar daging tadi tidak hangus.
  4. Gunakan pisau yg tajam bagi menghiris daging tadi(ikut suka setebak mana)
  5. Campurkan fish sauce,lime juice,gula & serbuk cili tadi ke dlm satu bekas.
  6. Hiriskan bawang tadi nipis-nipis dan campurkan sekali dgn daging dab bahan2 lain yg telah di potong tadi.
  7. Rasa & tambah lagi bahan jika perlu,cukup rasa gaulkan smua bahan tadi sekali.(klu nak sedap campukan skali kacang tumbuk)
  8. Hiaskan piring dgn daun salad,kemudian sendukkan bahan tadi dan hiaskan dgn coriander & juga daun mint/pudina tadi...siapp..
  9. Boleh dimakan...saya guna apa yg ade di dapur...daun salad & pudina tak letak coz tak ada dlm simpanan.
  10. Sesiapa yg suka pedas boleh campurkan cili api hiris halus-halus.....



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    1 comment:

    Rizziela said...

    Sedapnya.... boleh try buat nanti

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...