Kue ini pernah viral juga ramai yang dah cuba dan ramai juga yang telah menjadikannya sebagai sumber income. Resipi asa dari Chef Asma ini memang cantik dan jika dikut betul-betul resipinya kue akan jadi cantik tanpa meragam.
Pulut dengan durian memang gandingan yang mantap dan pada yang memninati kedua-duanya memang akan masukkan kue ini sebagai favourite dan keeper. Lemak Manis that's best describe kue ini.
Serimuka Durian
Resepi asal dari chef Asma Nordin cuma
saya olah sikit cara buatnya...
Bahan2 utk bahagian bawah:
- 500g beras pulut - rendam 4 jam
- 300ml santan
- 300ml air
- 2tsp garam
- Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang (saya guna 9x9) bentuk 4 segi.
- Tuang santan yg sudah digaul dengan garam.
- Kukus selama 30 minit.
** Setelah masak pulut..biarkan periuk
kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu serimuka
durian
Bahan2 utk lapisan atas (A)
- 140g tepung beras
- 60g tepung ubi
- 60g tepung gandum
- 140g gula halus
- 270ml santan
- 470ml air
- 1/4 tsp garam
- 1/4 tsp alkaline water (saya guna air kapur)
- 2 biji telur
(B)
- 100g isi durian diblend dgn 100ml air (saya isi durian lebih sikit)
(C)
- 1tsp pewarna kuning telur
- 1/2 tsp kuning lemon
- 1/8tsp pewarna hijau (tak isi)
** tepung gandum ayak utk diayak atas
pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik
Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak bahagian (C) iaitu pewarna
kuning.
Kacau rata.
Masak dalam periuk dgn api perlahan
hingga naik wap.
Hendaklah selalu dikacau..dah nampak
wap terus tutup api dapur.. adunan ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
(utk mendapatkan permukaan yang licin)
Sebelum tuang bahagian atas serimuka
durian ni.. saya tabur tepung gandum dlm bekas ayak ..tabur sedikit sahaja tp
rata.. sebagai gam
Tuang bahagian atas serimuka durian
atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan..Kukus serimuka ni selama
30-40 atau sehingga masak.
Notes
RECIPE SOURCE: Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.
No comments:
Post a Comment