Resipi Chef Hanieliza's ini sedap buat untuk berbuka. Mengenyangkan dan kalau ada yang hendak skip nasi bolehlah buat ini. Saya buat 1/2 adunan sahaja dan bahagian dagingnya saya olah sedikit, saya gantikan rempah kari dengan rempah briyani dan saya tidak meletakkan kentang, cuma daging dan hirisan bawang besar aje
Bingka roti ini cukup sesuai jika hendak menyelamatkan roti dari dibuang dan sedap dihidangkan bersama cili sos Thai.
Bingka Roti Berlauk
Bahan Bingka
- 1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
- 800 ml santan [1/2 biji kelapa]
- 3 s/b tepung gandum
- 3 s/b butter [cairkan]
- 3 biji telur
- garam
Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan
santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti
yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg
telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30
minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan
berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan
hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.
Bahan Lauk
- 400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
- 2 labu bawang besar [potong dadu]
- 1 biji kentang [ potong dadu kecil]
- 1 batang carrot [potong dadu kecil]
- 3 s/b rempah kari
- 3 s/b sos tomato
- 3 s/b sos cili
- minyak
- garam
Bahan Hiasan [hiriskan]
- daun sup
- daun bawang
- cili merah
- bawang goreng
Cara Meyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang
besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah
diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau
sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos
cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot
lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam
pinggan [jangan ambil lebihan minyak].
Notes
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.
No comments:
Post a Comment