Pages

Sunday, June 26, 2016

LOMPANG GULA MERAH




Ramadan ni kita lebih senang menyedilkan kue yang ringkas dan mudah.. Lompmng adalah yaang paling mudah. Kali ini saya buat gula merah atau gula melaka.Warnanya agak pucat sedikit mungkin kerana gulanya tidak begitu terang. Lompang ini sedap dimakan bersama kelapa parut putih





Lompang Gula Merah

BAHAN - BAHANNYA 
  • 1/2 cawan gula Melaka, dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1 1/4 cawan tepung berasL
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 3/4 camca teh air kapur makan
  • 2 cawan air
  • Beberapa titik pewarna coklat
  • 1 helai daun pandan
  • Kelapa parut putih secukupnya
  • Sedikit garam halus


CARA MEMBUATNYA 
  1. Masak gula Melaka, gula pasir, daun pandan dengan 1 cawan air hingga gula larut, kemudian masukkan baki 1 cawan air. Tapis dan sejukkan. Sementara itu panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur bersih. Sediakan acuan lompang, lenser dengan sedikit minyak makan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras dan tepung ubi, gaul rata dengan whisk. Tuang air gula merah tadi, kacau rata. Masukkan air kapur makan dan pewarna makanan coklat. Kacau rata dan tapis. Kemudian tuang bancuhan ke dalam bekas bermuncung.
  3. Susun acuan kuih lompang dalam kukus. Kacau dulu bancuhan dan tuang dalam setiap acuan hingga hampir penuh. Buat hingga siap. kukus selama 25 minit dengan api sederhana. Sejukkan kuih sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...