Dessert ringkas ini selalu menjadi favourite masa Ramadan. Bukan sahaja sedap tapi mudah menyediakannya. When come to bread butter pudding saya gemar membuatnya bersos. Biasanya sos kastad menjadi pilihan Untuk bread puddingnya saya lebih gemar ianya simple. Taburan ising dah cukup memadai, tapi kalau yang suka meriah, bolehla ditabur dengan kekacang atau dried mixed fruits.
Bread Butter Pudding
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti sandwic | potong tiga segi
- 500ml susu segar
- 3 biji telur
- 50gm gula
- * susu segar. telur dan gula disatukan dan panaskan suam-suam
BAHAN TABUR:
- Gula perang secukupnya
- Buah-buahan campuran secukupnya
- Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil
BAHAN SOS:
- 250ml susu segar
- 1 sudu teh vanila
- 30gm gula kastor
- 2 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Susun roti di
dalam loyang secara bertindan.
2. Selepas itu tuang
susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
3. Kemudian susunkan
roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga
masak Sejuk dan ketepikan.
4. Membuat sos,
satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.
5. Tuangkan di atas
puding roti tadi.
Notes
No comments:
Post a Comment