Tuesday, February 25, 2014

MADRAS CHICKEN CURRY


Kari Ayam Madras ini lebih kurang sama dengan kari ayam kita...bezanya ia tak menggunakan santan tetapi banyak menggunakan tomato segar yang dicincang. Bahan-bahan yang lain semua lebih kurang sama. Rempah dibuat sendiri tapi disebabkan di Malaysia ini rempah kari memang sudah sedia ada jadi saya gunakan aje rempah siap Baba's. Memang sedap makan bersama roti mahupun nasi.


Ingredients
1 ekor ayam dipotong 12
3 biji kentang dipotong empat
5 biji buah tomato dipotong dadu
2 biji tomato dibelah empat
2 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
5 biji bunga cengkih

Bahan Tumis
1 biji bawang besar dihiris nipis
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1" halia*
2 paket rempah kari Baba's
1/2 cawan minyak masak


  1. Blend bahan bertanda * dan satukan dengan rempah kari menjadi pes pekat
  2. Panaskan minyak..masukan rempah kering dan daun kari dan tumis sehingga naik baunya
  3. Masukkan pes rempah dan tumis lagi sehingga naik minyak.
  4. Masukkan 1 cawan air dan renehkan seketika
  5. Masukkan tomato yang didadu tadi dan biarkan seketika
  6. Tambah air jika perlu.
  7. Masukkan garam, kentang dan ayam.
  8. Tambahkan air lagi jika ingin berkuah - jumlah air yang perlu ditambah ikut kepekatan yang diingin.
  9. Masak sehingga naik minyak dan sehingga kedua-dua kentang dan ayam empat.
  10. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dibelah biarkan seketika dan padamkan api.

1 comment:

Mrs said...

Salam kak Fatimah, nak tumpang promo ni, saya buka kedai lulur (body scrub) online..

nanti visit-visit eh...
http://lulurbalimalaysia.blogspot.com/
Instagram: @bali_lulur_my

thanks kak :-)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...