Tuesday, February 18, 2014

ACAR IKAN TENGGIRI



Terdapat banyak cara membuat acar ikan ini, ada yang menggunakan cili, ada yang membuatkan seperti acar rampai..tetapi saya lebih gemar membuatnya dengan menggunakan rempah kari. Ada rasa ala-ala pajeri sedikit. Gandingan sesuaikan dengan masakkan ini sudah tentunya ikan masin dan ulam-ulaman.


Ingredients
Untuk Ikannya

3-4 ekor potongan ikan tenggiri (garam kunyit dan goreng angkat dan ketepikan)
3 biji bawang putih dibelah dua
5 biji bawang merah dibuang kulit dan dibelah dua
1/4 timun dipotong memanjang
1/4 carrot dipotong memanjang
5-7 cili padi

Untuk Kuahnya
1 packet rempah kari Baba's
3 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah*
1" halia*
1/4 cawan minyak masak
2 sdb kerisik
2 sdb cuka
2 sdb gula
1- 1 1/2 cawan air ikut kepekatan yang disukai
garam secukup rasa
1 kayu manis
3 bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih

Cara Membuatnya

  1. Blend semua bahan dan gaulkan dengan rempah letak sebelah
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan yang diblend tadi. Masukan rempah kering dan biarkan rempah garing dan dan naik baunya.
  3. Masukkan 1 cawan air biarkan mendidihkan sedikit
  4. masukkan cuka, gula, garam dan kerisik
  5. Renehkan seketika dan masukkan ikan goreng tadi, masukan bawang putih, bawang merah , carrot, cili  dan timun.
  6. Adjust rasa dan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...