Pages

Tuesday, July 08, 2014

NASI ULAM SAYUR KELADI


Dua benda yang saya cari setiba aje di Alor Setar semalam ialah Nasi Ulam dan Dangai alhmdulillah sampai juga hajat. Hari ini saya ke pasar cari ulam untuk buat Nasi Ulam..bukan apa..semalam makan tak puas ha..ha...Nasi Ulam disebelah utara biasanya dimakan dengan sayur keladi masak asam...hemmm..memang sedap. 

Hari ini udah namanya buat sendiri bahanya lebih sedikit..saya masukkan isi ikan goreng, kurau masin yang digoreng dn ditumbuk..bunga kantan dan serai...semua bahan ini memang tak dapat dalam nasi ulam yang dibeli kerana bahan ini mahal...ialah bunga kantan sekrang ini RM 3 sekuntum dipasar..kalau berniaga memang parah...

Saya gorengkan sedikit ikan tenggiri masin untuk dimakan bersama nasi ulam dan sayur keladi nanti




Nasi Ulam Sayur Keladi
  • 5 cawan nasi disejukkan
  • 2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
  • 100 g ikan kurau kering digoreng ditumbuk halus
  • 1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
  • 2 camca besar kerisik
  • 7 biji bawang merah dihiris halus
  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan Ulam
  • 7 helai pucuk mengkudu
  • 1 helai daun kunyit
  • 5 helai daun cekur
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 genggam pegaga
  • 1 genggam daun selom
  • 1 genggam ulam raja
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai, ambil bahagian putihnya
  • 2 inci halia


Cara Membuatnya

Satukan semua bahan dalm satu Mangkok gaul rata dan masukkan garam. adjust rasa

Sayur Keladi
  • 5 batang keladi
  • 1 biji keladi dipotong kecil
  • 2 tnagkai dun kesom
  • 1 kuntum bung kantan
  • 2 keping asam gelugor
  • garam, aji dan gula secukup rasa


Rebus dan toskan

Bahan Blend

  • 20 tangkai cili kering
  • 1" belacan
  • 1 biji bawang besar


Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

Cara Membuatnya

  1. Masukkan bahan blend ke dalam periuk. Masukkan lebih kurng 1.5 litre air
  2. Masukkan bung kantan dan dun kesum
  3. Masukkan asam keping,  garam dan sedikit aji
  4. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan keladi dan batang keladi yang direbus tadi
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

1 comment:

Unknown said...

as salam kak Patty, lama nya saya tak makan nasi ulam macam sedap ja tengok nasi ulam utara ni ada syur keladi mmg menyamcamm

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...