Pages

Friday, July 18, 2014

KETAM GORENG SAMBAL BELACAN


Asalnya hendak memasak lomak ketam...ha..ha..tapi terlupa hendak membeli santan..so terpaksa tukar plan pada saat  akhir. Resipi ini cukup mudah, saya hanya menggunakan sambal belacan tumis biasa. Oleh kerana saya suka kering dan tidak berkuah..maka saya kurangkan airnnya. Cukup sesuai bagi yang suka meratah.


Ketam Goreng Sambal Belacan



  • 6 ekor ketam dibelah dua
  • daun bawang untuk hiasan
  • garam, gula dan perisa secukup rasa
  • 3 sdb minyak
  • perahan sebiji liamau


Bahan Blend

  • 15 biji cili merah
  • 15 cili padi
  • 2" belacan
  • 1 biji bawang besar


Blend semua bahan menjadi pes basah

Cara Menyediakkannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
  2. Masukkan, ketam, garam, gula dan perisa
  3. Masukkan 1/2 cawan air..boleh tambah air jika hendak berkuah.
  4. Perah sebiji limau
  5. Biar atas api sehingga ketam masak
  6. Angkat dan tabur daun bawang.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...