Saya suka resipi ini, mudah dan ringkas...tidak memerlukan masa yang lama untuk memerapnya dan tidak banyak kerenahnya. Asalnya apam ini ialah apam potong, tetapi saya kurang gemar bab memotong jadi saya kukus dengan acuan kecil..senang dan ringkas. Dinamakan apam ros kerana menggunakan esen ros.
Apam Rose
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
Bahan A
- 2 sudu kecil rata yis mauripan
- 1/4 cwn air suam
- 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
- 2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula pasir
- 1 1/4 cawan air
- secubit garam
- 1 sudu kecil perisa ros/sirap
- 1 sudu kecil pewarna merah
Cara-Cara
- Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
- Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
- Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
- Lenserkan loyang 9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
- Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
- Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam
- Gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
No comments:
Post a Comment