Pages

Thursday, July 31, 2014

TOMATO CARROT RICE


Masih lagi berpuasa, masih lagi raya..ha..ha saya masak ini atas permintaan anak saya yang sedang berpuasa enam. Baru ni saya menyediakannya untuk meraikan anak-ank yatim Baitul Ikhlas..oleh kerana sibuk melayan anak-anak yatim jadi tidak puas makan. Hari ini buat lagi, buat juadah berbuka.

Saya namakan nasi tomato, carrot kerana saya banyak masukkan hirisan carrot dan tomato. Resipinya biasa aje, resipi nasi tomato.

Tomato Carrot Rice




  • 1 kg beras basmathi
  • 2 biji   carrot dihiris halus memanjang
  • 2 biji tomato dihiris halus
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 cawan tomato Heinz
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 1/2 cawan susu cair - perahkan 2 biji limau ke dalam dan perapkan
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 sdb minyak sapi
  • garam, gula dan perasa
Bahan Hias
  • Badam goreng
  • Bawang Goreng
  • Kacang Pea

Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sdb rempah bryani
  • 5 ulas bawang putih diblend halus
  • 2" halia diblend halus
  • 11 biji bawang merah diblend halus
Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan air biar mendidih seketika
  3. Masukkan tomato puri, tomato Heinz, susu acir, hirisan carrot, tomato, daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan beras...biar sehingga masak.
  5. Angkat hidang bersama badam goreng, bawang goreng dan daun bawang

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Wednesday, July 30, 2014

ORANGE CRUSH REFRESHING SUMMER DRINKS


Fresh squeezed orange juice, are shaken with ice then topped off with lemon-lime sparkling water or soda. It’s refreshing and loaded with Vitamin C. 

Use a sweetened soda such a Sprite if you want to have more sweetness to the beverage. It’s a burst of orange flavor with a slight effervescence from the sparkling water. 2 ounces fresh squeezed orange juice





Orange Crush Summer Drinks

  • 1 1/2 cup soda
  • Splash of lemon-lime sparkling water or soda
  • Orange slice for garnish


  1. Combine the orange juice and soda in a cocktail shaker filled with ice.
  2. Cover and shake vigorously.
  3. Pour contents of shaker into a highball glass.
  4. Pour a splash of lemon-lime sparkling water on top and stir to combine.
  5. Garnish with orange slice.







RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


ICY-COOL LYCHEE TEA PERFECT SUMMER DRINKS


DIY hot weather drinks: delicious drinks you can make at home. I have been putting them in my cold brewed iced tea as it steeps for a wonderful sweetness and fragrance. You can use fresh or canned lychees. If you have the canned variety and you normally add sugar to your iced tea, try using the syrup, instead – heavenly!



Icy-Cool Lychee Tea Drinks


  • 3 cups brewed  tea, chilled
  • 1/4 cup lychee syrup
  • fresh mint leaves (to taste)

Directions:
  1. Blend the lychee “juice” with the tea.
  2. Throw in some fresh mint leaves and lightly grind into the tea mixture.
  3. Serve over ice!
  4. If the tea isn’t sweet enough for you, add more lychee syrup.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Sunday, July 27, 2014

EID MUBARAK ALL / SELAMAT HARI RAYA SEMUA


Ramadan is nearly over. Alhamdulillah we made it to here. May Allah accept our Ibadah and help us make the spirit of Ramadan our way of life. Eid Mubarak all and don't forget our brother and sister in gaza......Maaf zahir batin.- Ameen

May the day delight
and the moments measure all the special joys
for all of you to treasure.

May the year ahead
be fruitful too,
for your home and your family

May the blessings of Allah
fill your life with happiness
and open all the doors of
success now and always.

EID MUBARAK   and have a splendid days a head

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, July 24, 2014

SAGO PANDAN


Dalam bulan Ramadan ni, kalau kita bukan peminat Bazar Ramadan, biasannya kita akan mencari kuih yang simple sedap dan mudah menyediakkan. Rasanya kuih sago ini merupakan favourite Ramadan..bahanya simple, membuatnya mudah..dan rasanya pun enak.

Selalunya merah menjadi pilihan tetapi kali ini pilihan saya hiau dengan perasa pandan..hmmmm....yum..yum

Sago Pandan

  • 1 cawan sagu biji
  • 2 1/2 cawan air pandan
  • 3/4  cawan gula
  • 1/2 biji kelapa parut sedikit garam  gaulkan rata. Boleh dikukus kelapa ika mahu tahan lama.


Cara Memyediakkannya

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan air pandan hingga hancur dan mendidih. 
3. Masukkan sagu  kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Wednesday, July 23, 2014

APAM ROSE


Saya suka resipi ini, mudah dan ringkas...tidak memerlukan masa yang lama untuk memerapnya dan tidak banyak kerenahnya. Asalnya apam ini ialah apam potong, tetapi saya kurang gemar bab memotong jadi saya kukus dengan acuan kecil..senang dan ringkas. Dinamakan apam ros kerana menggunakan esen ros.






Apam Rose

Bahan A
  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus

Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil perisa ros/sirap
  • 1 sudu kecil pewarna merah


Cara-Cara

  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam
  7. Gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.

** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


MURTABAK DAGING


Saya hanya menyediakan intinya. Kulit murtabak saya gunakan doh roti canai cap "kawan"...ha..ha.. sudah tidak payah renyah-renyah...satu bungkus boleh dapat 5 keping mini murtabak ini. Mudah..ringkas dan boleh buat bila-bila masa ae. Murtabak ini sedap dimakan bersama jeruk bawang.


Murtabak Daging


Kulit
Roti Pratha - Kawan

Intinya

  • 300 g daging cincang
  • 3 biji bawang besar dicincang dadu
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1" halia*
  • 3 sdb rempah briyani
  • 3 sdb minyak masak
  • 4-5 biji telur ayam
  • garam, gula dan perisa secukup rasa


Cara Menyediakkannya


  1. Tumbuk bahan bertanda* sehingga halus
  2. Masukkan rempah briyani, daging cincang dan bahan blend. Gaul rata dan perap seketika
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  4. Masukkan daging yang diperap tadi.
  5. Masukkan garam, gula dan perisa biarkan diatas api sehingga daging masak.
  6. Angkat dan sejukkan dulu.
  7. Pukul telur dan gaulkan daging yang dimasak tadi.a
  8. Bahagi kepada beberapa bahagian dan masak.
  9. Balutkan inti dengan dough pratha dan goreng seperti menggoreng roti canai.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



TENGGIRI MASAK PINDANG


Ini merupakan masakkan kegemaran arwah ibu. Biasanya kalau ada ikan parang pindang nilah merupakan menunya. Tapi sejak akhir-akhir ni susah hendak dapat ikan parang jadi saya gunakan ikan tenggiri aje. Sedap dan tidak mudah mual kerana panas lada hitam dan masam-masam.


Tenggiri Masak Pindang



  • 3-4 potong ikan tenggiri, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap  atau 1biji timun potong memanjang
  • 1 biji bawang besar belah 4
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam  jawa
  • 10 biji cili padi campur merah dan hijau
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Bahan-bahan tumbuk lumat:
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2"  belacan
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh lada hitam biji


Tumbuk atau blend lumat

Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis dan asam jawa. Kacau dan masukkan ikan. Biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato atau timun dan cili padi serta bawang besar yang dibelah 4
  3. Masak sekejap, rasa dan  matikan api.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


SHITAKE CHICKEN BOK CHOY


Bok Choy biasanya sedap jika dicelur. Saya paling suka masak cara ini dan lebih sedap jika dimasukkan sos tiram. Boleh diganti ayam dengan udang jika tidak suka ayam. Sedap makan bersama nasi panas.


Shitake Chicken Bok Choy




  • 10 - 12 tangkai bok choy dicelur
  • 5 -6 keping cendawan shitake - rendam dan hiris
  • 200 g isi ayam dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 cawan air
  • sedikit minyak bijan
  • garam dan stok maggi

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam..biar seketika sehingga ayam  separuh masak
  2. Masukkan bawang putih dan biar seketika
  3. Masukkan air, garam, stok dan cendawan shitake
  4. Biar seketika masukkan tepung jagung dan sedikit minyak bijan
  5. Bila agak pekat sedikit,angkat dan curahkan atas sayur.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Tuesday, July 22, 2014

YEMENI SHURABAH FOR SAHUR TODAY


Shurabah adalah berpakataana Arab yang bermaksub sup. Terdapat berbagai jenis sup di bumi Arab tetapi di bumi Yemen supnya diperbuat daripada oats. Sekali pandang shurabah ini tidak jauh bezanya dengan haleem dari India. 

Boleh guna apa jenis daging sekali pun untuk sup ini. Saya gunakan ayam dan untuk mendapatkan impak yang tinggi saya masukkan rempah briyani..perghhh..memang sedap. Kalau hendak pedas baoleh dimasukkan cili serbuk.


Yemeni - Shurabah




  •  2 cawan oats
  • 10 cawan air
  • 300 g isi ayam
  • 2 sdb rempah bryani
  • 2 tangkai daun ketumbar - hiris
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 ulas bawaang merah *
  • 1" halia*
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang


Tumbuk atau blend bahan bertanda * sehingga halus


Bahan Tumis

  • 7 ulas abawang merah
  • 7 biji badam yang dibuang kulit
  • 2 sdb minyak sapi

Cara menyediakannya


  1. Masak oats ayam cincang, dengan air sehingga oats hancur
  2. Masukkan rempah kering..rempah bryani dana bahan blend biar sehingga hancur
  3. Masukkan hirisan daun ketumbar
  4. Dalam kuali yang lain panaskan minyak ghee tumis bawang, masukkan badam dan tumis sehingga kekuningan
  5. Curahkan bahan tumis  atas oats tadi dan siap dihidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


TAUGEH LEMAK PUTIH


Taugeh selain digoreng sedap dibuat masak lemak putih ini. Biasanya gandingannya kucai dan tahu. Selain dari udang hidup, udang kering atau ikan  bilis sesuai dijadikan perencahnya.

Taugeh Lemak Putih




  • 3 genggam taugeh
  • 6 tangkai kucai dipotong 1" panjang
  • 2 tahu dipotong kecil
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiris 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • garam dan perisa secukup rasa


Cara Menyediakannya

  1. Masukkan santan cair, cili, bawang besar dan udang. Renehkan atas api sehingga mendidih
  2. Masukkan  santan pekat taugeh, kucai dan tahu,
  3. Masukkan garam dan perasa secukupnya

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Monday, July 21, 2014

TENGGIRI ASAM REBUS TUMIS DARAT


Asam Rebus bagi orang sebelah selatan, asam pedas bagi sebelah utara..apa pun namanya ia merupakan lauk favourite. Untuk resipi kali ini saya masukka hirisan nenas menjadikan kuahnya manis da sedap. Bahan sampingan yang biasa digunakan ialah bendi, terung  ataupun timun. Lauk ini sesuai untuk semua jenis ikan paling sedap pari, tenggiri, plata dan kembung.

Gandingan hebat untuk dimakan bersama nasi ialah ikan masin, sambal belacan dan ulam...perghh....

Tenggiri Asam Rebus Tumis Darat


  • 3-4 keping ikan tenggiri atau apa-asapa ikan
  • 5 bendi/terung/timun
  • 1/2 bii nenas dipotong kecil
  • 1 bunga kantan
  • 1 tangkai daun kesom
  • 3 keping asam keping
  • 3 cawan air


Bahan Blend

  • 10 biji cili hidup
  • 11 tangkai cili kering
  • 7 biji cili padi
  • 2" belacan
  • 2" kunyit hidup


Blend semua bahan sehingga halus

Bahan Tumis

  • 11 biji bawang merah dihiris halus
  • 7 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 tangkai cili kering dipotong 3
  • 1 sdt jintan putih


Cara Menyediakannya

  1. Masukkan bahan blend, daun kesom, bunga kantan, asir, asam keping ke dalm periuk.
  2. Renehkan sehingga mendidih, masukkan ikan, perlahankan api,
  3. Masukkan nenas dan bendi.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa.
  5. Sementara menunggu ikan masak, panaskan kuali  dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan
  6. Curah atas ikan goreng tadi dan siap dihidang.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


SIAKAP MASAK PESMOL


Honestly...memang sedap resipi Chef Wan ini... terasa macam addictive pula..sambalnya sungguh hebat. Dimasak atas ikan siakap memang cukup sesuai. Rasa antara rendang dan asam pedas. Sesuai digandingkan dengan apa-apa lauk sekali pun....Cuba  jangaan tak cuba...


Siakap Pesmol


  • I ekor siakap dibersihkan
  • lada hitam
  • minyak untuk menggoreng ikan
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan santan
  • 1 biji air perahan limau


Bahan Blend

  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 b1iji buah keras
  • 1/2 sdt kunyit serbuk
  • 2.5 cm halia


Cara Menyediakannya


  1. Lumurkan ikan dengaan lada hitam dan garam
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan, angkat dan letak dalam pinggan
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga wangi.
  4. Masukkan serai, lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
  5. Campurkan santan dan renehkan sehingga kuah pekat.
  6. Perahkan dengan jus limau, garam dan gula
  7. Tuang atas ikan goreng dan hidang




RECIPE SOURCE:  Sedap - chef wan

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


KERABU PUCUK PAKU TAUGEH


Perghhhh...kerabu ini kalau dah buat, lauk lain biasanya saya sudah tidak pandang, sedap meratah. Banyak cara menyediakannya tapi yang ini adalah cara saya. Saya lebih gemar meletakkan udang hidup dan kerang rebus. Boleh juga digantikan dua bahan ini dengan ikan goreng yang diambil isinya. 

Keseimbangan asam, garam dan cili penting untuk mendapatkan hasil yang mantop...pendek kata kerabu  ini kalau lagi pedas lagi bagus...ameen...sodap

Kerabu Pucuk Paku Taugeh

  • 1 ikat pucuk paku dipotong 1" panjang dan celur
  • 2 genggam taugeh dicelur
  • 1 labu bawang besar  dihiris dihalus
  • 2  sdb kerisik
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 100 g kerang rebus
  • 100 g udang direbus
  • 2 sdb beras digoreng dan ditumbuk
  • 2 sdb air asam jawa
  • garam, gula dan perasa


Bahan Blend atau tumbuk

  • 10 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 1" belacan


Tumbuk atau blend sehingga halus - macam buat sambal belacan

Cara Menyediakannya


  1. Satukan semua bahan kerabu keadalam mangkok - tinggalkan sedikit beras tumbuk
  2. Masukkan bahan blend gaul rata dan masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  3. Adjust asam..garam secukupnya
  4. Msukkan dalm pinggan hidang dan taburkan dengan baki beras tumbuk tadi.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


PIYANJI - BANGLADESH


Juadah ini lebih kurang macam Onion Bhaji dari India dan Pakora dari Pakistan. Menggunakan tepung kacang kuda dan bawang besar hiris bersama cili hijau. Cara menyediakkanya sama seperti kita membuat cucur udang. Juadah popular di Bangladesh. Sedap makan bersam sos asam


Bangladesh - Peyani

·         Onion: 1 big or 2 small
·         Green chillies: 2-3; totally depends on your preference and tolerence of heat.
·         Nigella seeds: 1/3 tsp
·         Chick pea flour / besan: 3 tbsp (more or less, adjust the thickness of the batter)
·         Bi card of soda: 1/8 tsp
·         Salt
·         Oil

Method:

1.      Wash, peel and very finely chop the onion in half moon shape. Place these in a big bowl and salt. Mash with your hands so that juices start to come out form the onion. Chop the green chillies very finely and add.
2.  Heat up oil and fry as you are frying fritters till golden brown.
3. Removed and drain excess oil

RECIPE SOURCE: 

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...