Pages

Wednesday, September 13, 2017

S'MORES CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Mengilhamkan satu kelainan pada chocolate Chips Cookies ini dengan memasukkan serbuk graham crakers dan marshmallow. Cookies ini nyata ranggup di luar dan lembut di dalam. Marshmallow juga melahirkan satu rasa yang unik pada cookies ini.




S'mores Chocolate Chips Cookies

Yield: - 30  biji
Chocolate Chips Cookies ini ranggup dan bezanya dengan chocolate chips lain ialah ia menggunakan serbuk garhan dan marshmallow


  •     1 cawan tepung biasa
  •     1 sudu teh baking powder
  •     Secubit garam
  •     1/2 cawan mentega,  dibiar lembut pada tahap suhu   bilik
  •     1/2 cawan gula pasir
  •     1 biji telur
  •     1 sudu teh esen vanila
  •     1 cawan cip coklat gelap
  •     1 cawan biskut graham
  •     1 cawan mini marshmallow
Instructions / Cara-cara
 
  1. Panaskan dahulu ketuhar kepada 180 C. Alaskan 2 tin pembakar dengan kertas parchment atau kek, ataupun sapukan tin dengan mentega.
  2. Ayakkan bersama tepung biasa, baking powder dan garam dalam mangkuk bersaiz sederhana, dan biarkan seketika.
  3. Pukulkan mentega dengan gula  dengan pemukul elektik   sehingga sebati.
  4. Pukulkan masuk telur dan esen vanilla sehingga sebati.
  5. Gunakan sudu spatula kayu atau plastic untuk melipatkan masuk campuran tepung. 
  6. Gaulkan masuk cip coklat gelap, serbuk graham dan marshmallow dan kacaukan seketika.
  7. Gunakan dua sudu teh untuk membentukkan cookie ke atas tin pembakar yang telah dialas tadi. Ratakan cookie dengan sebelah belakang sudu atau garpu. Biarkan ruang sekurang-kurangnya 1 inci di antara setiap cookie kerana ia akan mengembang bila dibakar nanti.
  8. Bakarkan cookie selama 20-25 minit atau sehingga ianya perang keemasan. Alihkan cookie ke atas rak dawai untuk ia menyejuk secukupnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara atau dibungkus sebagai hadiah.
 

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...