Pages

Thursday, September 07, 2017

SOTONG GORENG TEPUNG


Menu ini biasanya disajikan di restoran-restoran Thai. Mudah menyediakan dan mempunyai banyak variasi ada yang meletakkan baking powder supaya ia mengeombong besar dan ada yang tidak. Resipi ini adalah resipi yang tidak meletak baking powder tetapi ia cukup ranggup. Untuk mendapatkan sotong yang ranggup dan tidak meletop ketika menggoreng adalah penting memastikan sotong yang dibersihkan dilap kering terebih dahulu

Menu ini sedap dimakan begitu aje bersama sos cili atau dijadikan lauk sampingan


Sotong Goreng Tepung

Yield: 5 orang makan
Menu restoran yang mudah dibuat di rumah Boleh dimakan begitu aje atau dimakan sebagai lauk. Juga sedap dicicah bersama cili sos

bahan-bahannya

  • 1 kg sotong sederhana besar(potong bulat2 dan toskan airnya hingga kering)
  • 1cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan tepung beras.
  • 1sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • 1 sudu teh serbuk lada putih.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 1 biji telur
  • Minyak utk menggoreng.

Cara Menyediakannya
  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,tepung beras,serbuk kunyit,garam dan lada putih serta lada hitam dalam mangkuk. Gaul sehingga tepung semua mesra dgn bahan2 tu.
  2. Tepung yg dicampur bahan tadi bahagi dua, kemudian pecahkan telur dan gaul sehingga telur mesra dgn tepung. Masa ni nampak tepung macam doh, jangan ditambah air tau,tak apa nanti bila dimasukan sotong, air sotong akan keluar. Sebelum tu garamkan dulu sotong bersama sedikit lada sulah, barulah digaul sotong tu dgn tepung tadi.
  3. Panaskan minyak yg banyak supaya tenggelam sotong masa digoreng. Masa panaskan minyak ni pastikan minyak betul2 panas sewaktu menggoreng nanti.
  4. Celup sotong ke dalam tepung lebihan tadi. Gaul sepotong-sepotong jarak-jarak, jangan digaul sekali 
  5. Masukkan sotong yg telah dicelup tepung , satu-satu dan jarakkan supaya tidak melekat. Guna api yg sederhana masa menggoreng supaya  sotong tidak meletop masa menggoreng.
  6.  Apabila dah kekuningan serta masak, angkat dan toskan dalam penapis seperti gambar, jangan toskan dalam tisu 

RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM

All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...