Pages

Friday, September 29, 2017

TARTS BROWNIES


Dunia masakkan menjadi semakin kreatif sekarang ini 2 resipi dalam satu dessert menjadikan tart ini begitu menarik dihidang. Bagi yang meminati tarts,chocolate ataupun brownies resipi ini khas untuk anda...putting everything together. Jika mala hendak buat tart shell boleh aje guna yang siap

Resipi ini menghasilkan 15 biji tart bersize besar




Tart Brownies

Yield: - lebih kurang 15 biji
Kombinasi Tarts dan Brownies dalam 1 dessert. Menarik dan sesuai sebagai pencuci mulut untuk majlis
Shell tart :-
  • 200g butter
  • 200g gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 420g tpg gandum
  • 1 sudu susu tepung


Brownies :-
  • 130g dark choc beryls
  • 100g butter
  • 100g gula
  • 90g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 40g serbuk koko
  • 100g tepung naik sendiri


Cara Kulit Tart membuatnya:
  1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur serbuk roti.
  2. Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
  3. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi dan tekan di dalam acuan tart. Bentukkan mengikut acuan dan kemaskan.
  4. Buat hingga siap, cucuk sikit bahagian dasar doh dengan garfu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.
  5. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan di atas jaringan.
Untuk Membuat Brownies

    1. Satukan serbuk koko, tepung gandum, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
    2. Dalam bekas yang lain cairkan mentega dan chocolate Matikan api.
    3. Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk atau senduk sehingga rata.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
    5. Masukkan pula esen vanila dan coklat nutella.
    6. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
    7. Masukkan adunan brownies ke dalam piping beg.
    8. Kemudian paipkan adunan brownies ke dalam kulit tart yang telah siap dibakar tadi.
    9. Paipkan sehingga penuh permukaan kulit tart tersebut.
    10. Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.





    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    1 comment:

    Unknown said...

    Bahan lain..steps ada yang bahan takda.. pe citer

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...