Pages

Thursday, September 28, 2017

NASI SERAI


Masyallah hebat nasi ini patutlah ramai yang mencubanya, nampak simple dan bahannya pun simple tapi bila masak satu rumah semerbak harum, bukan aje satu rumah satu taman perumahan boleh tergoda dengan keharumannya....serious !!!

Nasi ini seperti nasi putih yang lain cuma ianya ditumis, saya guna beras basmathi untuk nasi ini makanya ia kelihatan cantik, Nasi ini sesuai disajikan dengan jenis lauk sekalipun. Saya gukannya dengan AYAM BAWANG ALA MAMAK, I LIKE dan pastinya akan saya cuba masaknya lagi




Nasi Serai

Yield: - lebih kurang 7-8 orang makan
Nasi putih biasa yang dimasak secara tumis menggunakan serai. Aromanya cukup harum Nasi ini boleh disajikan dengan apa-apa jenis lauk
  • 4 cwn beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 batang serai dititik
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 camca kecil garam
  • 3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

Cara memasak
  1. Panaskan minya masak / minyak sapi dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
  7. Masak dalam rice cooker hingga masak.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment:

adda syuhada said...

nnti nak wat la...tq bagi idea nak masak ari minggu ni 😘😘

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...