Pages

Sunday, September 24, 2017

PANDAN COCONUT CHEESE TART / TART PANDAN CHEESE


Inspirasi dari Lava Cheese Tarts, tart ini kaya dengan rasa cheese, lemak dan harum pandan. Kalau yang berminat dengan Hokkaido Cheese Tart pasti akan suka dengan tart ini. Saya buat kerana curious hendak tahu rasanya tetapi semasa saya chill untuk sejukkannya saya langsung terlupa..dua hari dalam chiller makanya ada crack sedikit. 

Apa pun saya suka rasanya yang lemak2 cheese dan ranggup kulitnya



Tart Pandan Cheese

Yield: - lebih kurang 20 
Tart Pandan Cheese yang kaya dengan rasa cheese lemak dan harum pandan. Tart ini di inspirasikan dari lava tart yang diolah dengan perada pandan

Pandan coconut cheese custard
  • 75g santan
  • 75g susu segar
  • 25g cream cheese
  • 45g mascarpone cheese
  • 40g salted butter
  • 30g caster sugar
  • 10g tepung jagung
  • 1biji telur
  • 40-50 ml air pandan
  • Telur untuk sapuan

Bahan Pastry :
  • 210 ram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80 gram mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1 - 2 sudu makan air sejuk
Cara Membuat :
  1. Untuk pastry : gaul tepung, garam, dan mentega. Masukkan telur dan air secukupnya uli sehingga menjadi doh. Sapu acuan tat telur dng sedikit marjerin. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan inti tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung. Panaskan balik oven pada suhu 160 C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat.
  3. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
Pandan coconut cheese custard

  1. Satukan santan susu krim cheese, mascarpone cheese, mentega dan gula caster double boil sehingga semuanya cair dan jangan berhenti mengacaunya
  2. Masukan pati pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan rata
  3. Masukkan tepung jagung dan kacau 
  4. Masukkan telur dan terus kacau sehingga adunan pekat
  5. Angkat dan sejukkan
  6. Bila dah sejuk masukkan dalam pipping beg dan pipe pada kulit tart tadi
  7. Bakar pada oven 150 c selama 15 minit dan keluarkan
  8. Chillkan dalam fridge sebelum dihidang





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...