Friday, January 08, 2016

CHOCOLATE CREAM PUFF


Chocolate Cream Puff jarang dibuat tetapi namanya Chocolate Lovers pastinya berminat dengan resipi ini. Saya menggunakan basic resipi cuma ditambahkan dengan  2 sdb serbuk koko. Untuk fillingnya paling sesuai ialah fresh krim yang juga dimasukkan dengan serbuk koko.


Chocolate Creaam Puff 

  • 1 cawan cair
  • 1/2 cawan butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 1 cawan tepung gandum- diayak
  • 4 biji telur
  • 2 sdb serbuk koko
Cara Menyediakannya
  

  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
  5. Tepung gandum di ayak
  6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  7. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  8. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  9. Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
  10. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  11. Pipe kan ke atas dulang
  12. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  13. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  14. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan chocolate fresh krim.
Notes



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...