Pages

Saturday, January 09, 2016

ROTI NAIK/ SWEET BUNS




Favourite masa zaman sekolah, ingat lagi arwah umi selalu buat untuk breakfast perghhh boleh berebutlah adik- beradik dan paling best siap tunggu depan oven, hendak makan panas-panas..cukup best bila dileser dengan mentega. Sayang saya tidak ada resipi arwah  umi terpaksa goggle cari resipi..apa pun resipi yang saya ambil dari kongsi resipi hebat juga.

Roti naik ni seketika dulu cukup popular...tak kerenah mungkin sebab itu ramai mengemarinya.


 Roti Naik

  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil shortening  
  • 500 gm tepung gandum  
  • 200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
  • 1 sudu besar susu tepung 


Cara cara:
  1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
  3. Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
  5. Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
  6. Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
  7. Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti




RECIPE SOURCE:  Kongsiresipi
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...