Thursday, January 07, 2016

SARDINE ROLL KELANTAN


SARDINE ROLLS KELANTAN...ha..ha don't ask me why Kelantan....enggak tahu historynya...anyway macam karipap..sedap dan sesuai buat sarapan atau minum petang. Biasanya beli aje, tapi kali ini cuba buat goggle resipi dan cuba. Mulanya pening cara hendak menggulung but somehow managed to get it done.

Sardine Rolls Kelantan

Bahan-bahan untuk doh:


  • 500 gram tepung gandum
  • 25 gram marjerin
  • 120 ml minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukupnya
  • putih telur sebagai pelekat

Bahan-bahan untuk inti sardin:

  • 1 tin sardin bersaiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu cili boh
  • 2 biji cili merah dipotong nipis
  • 2 sudu teh jus limau
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan inti sardin:

  1. Tumbuk bawah merah bersama bawang putih.
  2. Tumis di dalam kuali sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh, cili merah, bawang besar dan sos sardin.
  4. Kemudian masukkan sardin dan hancurkan.
  5. Masukkan sedikit jus limau, garam dan gula sebagai perasa.

Cara-cara penyediaan doh:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.
  2. Di dalam bekas besar, gaulkan minyak masak yang betul-betul panas bersama tepung gandum.
  3. Kemudian masukkan marjerin dan uli sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  4. Masukkan air dan kemudian uli sehingga menjadi keras.
  5. Tutup bekas dengan tuala yang lembap dan biarkan seketika.
  6. Kemudian giling doh sehingga rata.
  7. Tekap doh kepada bentuk bujur. ( Boleh buat bulat dan kemudian baru giling)
  8. Letakkan satu sudu (atau lebih) inti sardin di salah satu hujung doh.
  9. Gulung dan lekatkan penhujung menggunakan putih telur.
  10. Goreng di dalam minyak yang penuh.


    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    1 comment:

    Stylish said...

    Pathway first off in addition to maybe all importantly can be for you to bear in mind the item eating frequent in addition to small foods from the time can be essential this can Ageless Alpha increase the metabolism along with in turn reduce your possibilities of the body going in a catabolic state by which the item essentially feeds regarding lean muscle and stores fat.

    http://www.healthybeats.net/ageless-alpha.html

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...