Thursday, January 07, 2016

BAMIAH DAGING YEMENI


Ini merupakan favourite arwah kakak, setiap kali ada perjumpaan keluarga menu ini pasti ada, kambing antara yang disukai. Begitu juga jika ada majlis tahlil bamia memang menjadi pilihan dihidang bersama rti Peranchis. Saya kalau buat bamia biasanya saya akan guna rempah briyani aje mudah dan sedap. Lain-ain bahan penting adaah taomato segar dan tmat puri. Bendi biasanya digreng tanpa minyak dahulu supaya kurang lendirnya

Menu yang sedap dan sihat boleh juga dimakan bersama nasi.


Bamiah Daging

  • 1 kg daging kambing atau lembu,potong kiub 1 inci
  • 2 biji bawang besar- cincang halus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1" halia ditumbuk
  • 3 sdb rempah briyani
  • 2 biji tomato - bunga kulit dan cincang
  • 4 sdb tomato paste/puri-
  • 1/2 cawan daun pudina dicincang
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang
  • garam dan lada hitam
  • 1/2 kg bendi dipotong 3 digoreng layu tanpa minyak
  • juice dari sebiji lemon


Cara
  1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak/sapi dgn api sederhana panas.
  2. Masukkan daging sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kekuningan tapis daging dan biarkan minyak dlm kuali. Daging diangkat.
  3. Dalam minyak yg sama tumis bawang hingga layu, masukkan rempah briyani yang telah digaul dengan halia dan bawang putih, tumis sehingga naik baunya.
  4. Masukkan tomato cincang, tomato paste/puri dan air/stok. dan daging.
  5. Tutup periuk dan masak hingga daging hampir empuk dgn api yg sederhana besar. letak garam dan lada sulah.
  6. Masukkan bendi, daun pudina dan daun ketumbar dlm periuk daging.Perahkan lemon dlm periuk,kacau rata.tutup dan biarkan masak.
  7. Masak dlm 35 min lagi atau hingga bendi agak empuk.tambah air jika perlu
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...