Tuesday, January 12, 2016

KEK MARBLE LAPIS



Resipi asal dari Sheila Rusly ini saya buat 1 1/2 adunan dengan menggunakan 3 loyang pembakar, ini membolehkan saya membuat 3 lapisan. Setiap lapisan kek saya sapukan fresh cream yang dimasukkan chocolate emulco. Resipi ini memang menarik, keknya nya moist dan lembut.

Kek Marble


Bahan-Bahan:-

  • 250 g mentega
  •  230 g gula halus 
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung gandum *
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco
Cara-cara:-
1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.

2.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

3.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.

4.Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati

5.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.

6.Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick / belakang sudu

7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140C selama 50 minit. 10 minit terakhir bakar guna api atas dan bawah. Sejukkan 

    Notes

    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...