Tuesday, January 05, 2016

PAU GORENG SAMBAL BILIS



Jumpa resipi ini di FB, tapi terlupa nak ambil nama empunya resipi, harap halalkan la ya, resipinya memang sedap, paunya lembut dan gebus. Menarik resipi ini menggunakan water roux, saya ikut seperti disarankan. 

Untuk intinya saya guna sambal tumis bilis, boleh aje guna inti yang kita sukai. Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk Burger Goreng. Sesuai buat sarapan pagi atau minum petang.

Pau Goreng Sambal Bilis

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 50 gm gula
  • 2 sudu besar water roux
  • 50 - 60 ml air dari peti sejuk
  • 50 ml minyak masak
  • Sedikit garam


Caranya :
  1. Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata. Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh,
  2. Bulat2kan doh dan masukkan inti. Rehat doh 30 minit lagi.
  3. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX :
1/4 cwn tepung gandum + 250ml air.
Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti

    Notes


    RECIPE SOURCE:  unknown
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...