Monday, April 07, 2014

LINZER COOKIES WITH STRAWBERRY JAM


Linzer Torte is a holiday classic in the Austrian, Hungarian, Swiss, German, and Tirolean traditions, often eaten at Christmas. Linzer Torte is often made like small tarts or cookies in North American bakeries.


Itulah lebih kurang sejarah cookies ini...malah dianggap cookies yang paling tua di dunia. Saya cuba membuatnya kerana mendengar ceritanya banyak kali..tidak sangka pula cookies ini menjadi sambutan di rumah. Memang sedap sebab cookies ini memasukkan serbuk hazelnut jadi rasanya pasti lemak. Jem strawberry menambahkan keenakkan cookies ini. Biasanya dibuat besar tetapi kalau berhajat untuk menjadikan cookies raya bolehlah dikecilkan saiznya.





Linzer Cookies
Prep time

Cook time

Total time


2 1/4 cawan tepung
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan mentega didadukan
1/2 cawan gula pasir
2 1/1 sdt serbuk kayu manis
1/2 sdt serbuk pala
1/2 sdt esen vanilla
secubit garam
1 biji telur
jam pilhan anda
gula ising

Cara Membuatnya
  1. Satukan tepung serbuk badam, garam, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan gula pasir dalam dalam processor dan process sehingga sebati
  2. Masukkan telur dan ketulan mentega sehingga menjadi doh.
  3. Keluarkan dan uli sekali lagi.
  4. Bungkus dalam plastik dan sejukkan sekurang-kuranya 2jam
  5. Panaskan ketuhar pada 375 F.
  6. Keluarkan dari fridge..biarkan seketika sehingga adunan boleh dicanai.
  7. Canai setebal 1/8 inci dan bakar selama 15 minit pada suhu 375 F.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan
  9. Satu bahagian cookies disapukan dengan jam dan satu bahagian lagi titaburkan dengan gula ising.
  10. Lekatkan kedua-dua cookies dan siap disajikan

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...