Tuesday, April 08, 2014

NUTELLA CUPCAKES


Resipi cokolat cupcake yang digandingkan dengan frosting Nutella..nyata satu kombinasi yang baik...dan sedap. Sesuai disajikan dalam apa bentuk function..dan nyata presentable.





Nutella Cupcakes
Prep time

Cook time

Total time



Ingredients

    Resipi kek cawan
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 tsp. esen vanila
  • 1 1/2 cups tepung
  • 1/2 cawan serbuk koko gelap
  • 1 sdt. baking soda
  • 1/4 sdt  garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan kopi suam (saya guna nescafe)
  • Nutella Frosting 
  • 1 cawan mentega
  • 1 cup Nutella
  • 2 sdt vanilla extract
  • 4 cawan gula ising
  • secubit garam
  • 2-3 sdb susu atau krim

Menyediakan Kek Cawan

Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan Vanila
Ayak dan satukan bahan kering ketepikan
Satukan buttermilk dan kopi dan ketepikan.
Masukkan bahan kering kedalam adunan mentega diselang seli dengan adunan basah sehingga habis.
Tuangkan adunan kedalam acuan muffin yang dialaskan dengan kertas muffin
bakar pada suhu 375  F selama 15 minit.
Membuat Nutella Frosting:
Pukul mentega dengan nutella sehingga lincin. Masukkan esen vanilla dan terus pukul
Perlahankan mixer dan masukkan gula ising pukul lagi sehingga sebati dan sekata. Masukkan susu.
Masukkan dalam piping bag dan paipkan ke atas kek cawan


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

1 comment:

Bet said...

Tq for the recipe

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...