Wednesday, April 23, 2014

CHICKEN TOMATO QUICHE


Mini Quiche ini terdapat dua cara membuatnya. Satu dengan membuat crust sendiri dan satu lagi dengan menggunakan pastry yang siap. Kedua-duanya sedap dan ranggup. Cukup sesuai penghias majlis..comel dan mudah. Untuk intinya boleh dipelbagaikan. Biasanya daging salmon dan ayam..atau pun bayam dan sausage. Semuanya bergantung kepada citarasa masing.

Resipi ini memerlukan krim putar sebagai kastardnya tetapi jika nak bajet boleh ditukarkan krim putar dengan susu...3 biji telur dan 1 cawan susu cukup untuk menjadi kastard yang cantik untuk resipi ini.


Chicken Tomato Mini Quiche
Prep time

Cook time

Total time


250 g isi ayam – chicken fillet
1 ulas bawang putih

1 biji bawang besar dihiris nipis
1 sdb mentaga
1 sdt sos tiram
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

1.     Perap isi ayam dengan lada sulah, sos tiram dan garam seketika
2.     Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga layu.
3.     Masukkan bawang putih biar seketika
4.     Masukkan ayam perap tadi.
5.     Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak.
6.     Angkat dan sejukkan

Untuk Crustnya
300 g tepung
250 g mentega sejuk
100 g air
Secubit garam

Satukan mentega dan tepung.
Gaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Jangan uli terlalu lama.
Balut dengan plastic dan sejukkan dalam fridge selama 30 min.
Canaikan doh 3mm tebal dan masukkan samada dalam muffin pan atau acuan tart.
Panaskan oven pada 190 C dan bakar selama 15 minit angkat dan letak sebelah.

Untuk Custardnya
300 g krim putar
4 biji telur
½ sdt serbuk buah pala
Garam secukup rasa
Cheese campuran cheddar dan mozarella

Pukul rata semua bahan.

1.     Untuk Menyediakannya
2.     Masukkan inti ayam kedalam semua mangkok tart.
3.     Tuangkan custard telur tadi dan taburkan dengan keju.

4.     Bakar pada suhu 220 C selama 18 minit atau sehingga masak

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.





You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...