Sunday, April 06, 2014

SPICY TOMATO PASTA SHELL


Inilah dia makanan Italian yang telah di Melayukan..ha..ha..saya goreng pasta shell ini macam kita goreng mee dan bihun. Tetapi masih mengekalkan ke "Italianannya" dengan memasukkan buah tomato segar, tomato sos..dan bay leaf. Memang menakjubkan sedap dan sesuai dengan tekak Melayu. Buat sedikit telur dadar hiris nipis dan tabur di atasnya...Insyallah anak-anak di rumah pasti suka. Rasa tu bolehlah pandai-pandai adjust. Boleh guna ayam atau pun daging.

Kalau  yang suka rempah ratus..barat bolehlah masukkan thyme atau oregano.


Spicy Tomato Pasta Shell
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1 packet pasta shell - rebus
3 biji bawang besar cincang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
2 sdb cili pes
1 cawan tomato sauce - I used prego
200 g hirisan daging atau ayam
3 biji fresh tomato chopped
1/2 cawan stock ayam atau daging
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 helai daun bay

Instructions


  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih...biar agak gareng sedikit
  4. Masukkan cili pes..biarkan seketika
  5. Masukkan daging/ayam masak seketika 
  6. Masukkan fresh tomato, bay leaf dan sos tomato..
  7. Jika agak kering masukkan stock ayam/daging.
  8. Jika suka herba english masukkan oregano atau thyme - saya tak guna
  9. Akhir sekali masukkan pasta shell yang direbus.
  10. Gaul rata biar seketika dan angkat
  11. Hidang bersama pamersan cheese.



 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...