Monday, April 07, 2014

ROASTED PEAR TARTS


Dalam hidup ini kadang-kadang kita tidak perlu merumitkan diri...kalau ada short cut untuk memudahkan dunia masakan kita gunakan...ha..ha..itu prinsip saya. Jadi resipi ini adalah resipi yang paling mudah..malah tak perlu resipi. Sedap..presentable dan boleh dibuat bila-bila masa jika tekak terasa hendak makan benda-benda manis..provided that bahan-bahan ada di gerobok dapur.

Saya menggunakan pastry siap dan buah pear tin. Mudah...dan bertambah mudah saya menggunakan pastry "kawan" yang siap potong empat segi...letakkan pear dan bakar. Siap bakar tabur gula ising..masyallah cukup sedap dengan black coffee.




Roasted Pear Tarts
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1 keping pastry puff
1 biji telur dipukul sedikit
    825 g pear dalam tin toskan airnya
    1 sdb sirap maple
    30 g mentega cair

    Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven pada 200 C. Sapukan mentega pada acuan pembakar atau lapikkan ketas minyak.
  2. Potong pastry mengikut saiz yang disukai dan disapukan dengan telur
  3. Letakkan buah pear 1/2 pada setiap kepingan pastry.
  4. Sapukan pear dengan sirap maple yang dicampurkan dengan mentega cair
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Angkat sejukkan dan boleh ditaburkan dengan gula ising.




 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...