This is incredible..I've tasted this laksa only once..and ever seen that. I've no chances to get the Laksa. i understand that Laksa Shake serve this laksa then again I never had the opportunity to try. When I saw the entry from DapurKuSayang, may urge for this Laksa came out of sudden. I'm lucky that my neice gave me 2 packs of the store bought Laksa Paste,...so I made a try. Wow it's great, but I was unable to make the judgment since I only tasted it once. Anyway...here's my Laksa...I used the store bought pasate..and if cant find the paste you can refer to-http://dayangjack.blogspot.com/2012/02/laksa-sarawak.html
Resepi Laksa Sarawak
Adapted from :
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
Menarik saya cuma merasanya sekalai aje, itu pun dibuat oleh adik saya...first time rasa tidak begitu minat sangat tapi bila tenguk di dapurKuDayang terasa teringin pula, mujur saya ada pes laksa Sarawak yang diberikan oleh anak saudara saya, jadi dengan panduan Dayang saya buat sedikit. Wah kali ini baru betul-betul dapat menikmatinya..taetapi saya tad ada juri yang boleh mengadilinya samada rasa dan cara saya betul atau tidak. Tapi tak apalah sekurang-kuranya hajat saya sudah sampai. Kepada yang ingin mencuba ada dua cara yang anda boleh pilih, satu dengan menggunakan pes yang siap ada dan yang kedua dengan membuat pes sendiri. Klik sini jika ingin mencuba pes yang disarankan oleh Dayang..- http://dayangjack.blogspot.com/2012/02/laksa-sarawak.html
Next Post - Apple Coffee Cake
6 comments:
Tudiaaaaaa.. dah tunjuk laksa serawak pulak... sedapnya.. tak penah saya makan laksa serawak.. hihihi
Assalam kak paty, saya suka sangat ngan laksa sarawak, sedap sangat, terutama bila guna pes haji manan tu. Bagi saya dh sedap, tapi kalo org sarawak mkn entah sedap ke tidak heheh. Menarik laksa tu
lama nya tak masak blog sakali masuk nampak semuanya mengoda. hehe saya suka makan laksa serawak...sedap
Hem....kalau tak sampai sarawak lagi try beli pes rasa sarawak dan try..sodap
Ya Embun..sebab tu akak kata tak tau nak udge..betul ke tak betul rasanya cuma orang Sarawak patut jadi hakim akak
Salam Noor akak pun sekarang kureng berjalan....thanks ya for dropping by
Post a Comment