Pages

Sunday, May 15, 2011

GOOD MORNING MALAYSIA SUNDAY BREAKFAST MENU - SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNESE AND BANANA CHOCOLATE RICE PANCAKE



Good Morning Malaysia and Asalamualaikum !!! Well it's Sunday again. Today breakfast is Tyca first spaghetti trial. Tyca my No:3 daughter will be leaving for her pre-U sturdy next Sunday. Three things she requested before her departure are for me to teach her to do SPAGHETTI, CHOCOLATE CAKE and CUPCAKE. Out of blues, suddenly she felt that she needs to know theses basic recipes. Is either that she may think that she may not got the time to learn once she took up her medical courses or may be she needs these to learn to make a part timer earning in between her classes...ha...ha she's a business minded young lady too...only god knows. As mother I am happy if any of my daughter voluntarily wanted to have a hands on learning with me.

I guided her with this spaghetti last night. I taught her to prepare the sauce. She did the sauce last night before we went to bed and got the pasta ready this morning. For recipe please refer to my previous entry on meatball spaghetti. I did the pancake, it is actually Malaysian Lempeng Pisang, using banana and grated coconut.  Add some chocolate rice and serve with maple syrup. Sometime my children prefer sweet and savory so these are perfect breakfast for Sunday.
__________________________________________________________________

SELAMAT PAGI dan ASALAMUALAIKUM semua!!!!, pagi yang ceria dan semoga semua sihat-sihat selalu. Pagi ini sarapan disediakan oleh Tyca anak dara saya yang No:3. Tyca akan memulakan pengajiannya ke Univerisity minggu depan.... ha...ha ... seorang lagi anak saya yang akan meninggalkan saya..... gitulah ya lumrah hidup...bila anak-anak dah besar seorang demi seorang akan meninggalkan rumah. Entah apa mimpinya tiba-tiba minta saya ajarkan 3 resipi sebelum berangkat ke U, SPAGHETTI, CHOCOLATE CAKE dan CUPCAKE. 

Saya sendiri tidak tahu apa disebalik permintaan itu, mungkin Tyca bimbang kut kalau dah mula belajar sudah tidak punya masa untuk mencuba atau pun mungkin resipi-resipi ini hendak dijadikan resipi buat duit sampingan. Boleh jadi juga!!! Tyca ni cermat orangnya dan pandai cari duit tambahan. Apa pun alasanya sebagai seorang ibu saya amat berbesar hati kalau anak-anak saya cenderung ke arah masak memasang ini. Rasanynya bagus juga langkah ini, tidak seperti saya dahulu terlalu pentingkan pelajaran dan kerjaya, habis kerja-kerja rumah tunggang langgang, dah berusia begini baru nak belajar balik.

Spaghetti ini dibuat malam semalam sebelum masuk tidur. Saya tunjukkan Tyca cara membuat sosnya. Pagi tadi Tyca cuma sediakan pastanya sahaja. Saya cuma sediakan Pancake Pisang...ala Lempeng Pisang yang diberi nafas baru. Saya masukkan kelapa parut dan sedikit coklat rice. Anak-anak ini kalau hujung minggu banyak jugala kerenahnya  ada yang hendak pedas dan ada yang hendak manis. jadi saya buat dua-dua sekali. Cuti bolehlah layan. Untuk resipi spaghetti bolehlah rujuk N3 saya yang terdahulu manakala untuk pancake sila lihat N3 akan datang.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Next Post - Banana Chocolate Rice Pancake

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...