Pages

Thursday, September 11, 2014

THAI GREEN CURRY CHICKEN / AYAM MASAK HIJAU THAI




Signature Thai Dish, yang sekali pandang macam masakan kurma. Sedap lauk ini agak unik menyediakan rempahnya kerana dimasukkan akar daun ketumbar. Biasanya dimasak dengan daun selasih atau pun daun limau purut mengikut kesukaan masing-masing. Terung digunakan untuk mempelabagikan lauk ini sama ada terung hijau besar bahu pun sebesar terung pipit

Kalau malas membuat pes hijau ini boleh lah beli pes hijau yang sudah siap.



Thai Chicken Green Curry



  • 15 cili padi
  • 5 biji cili hijau
  • 1 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 2"akar daun ketumbar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sdt biji ketumbar disangrai dulu
  • 1/2 sdt jintan putih disangrai dulu
  • 1" belacan
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 helai daun selasih thai
  • 1 sdt lada putih


Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

Bahan untuk kari


  • 300 g isi ayam dipotong dadu
  • 4 biji terung hijau kecil belah dua
  • 1/2 cawan daun selasih
  • 1 cawan santan pekat
  • garam dan perasa secukupnya
  • 3 sdb minyak masak


Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis pes hijau sehingga naik baunya
  2. Masukkan ayam dan biar seketika
  3. Masukkan santan dan terung.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, garam dan perasa secukupnya


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...