Pages

Wednesday, September 24, 2014

MY MACADAMIA CHOCOLATE CHIP COOKIES


Banyak-banyak chocolate chips cookies..yang inilah yang paling saya suka...mahu taknya..macadamia yang lemak membuat kita meminta lagi dan lagi. Macadamia ini memang mahal sedikit kalau buat berniaga kena cari client yang faham tentang kemahalan kekacang ini. Kalau tidak silap saya kalau beli di Famous Amos 100 g yang tak sampai 15 biji boleh lah dalam RM10...perghh..kadang-kadang terkulat-kulat kita dibuatnya.

Apa pun jika anda peminat macadamia dan peminat Famous Amos...cuba resipi pasti tidak mengecewakan anda





Macadamia Chocolate Chips Cookies


  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 1 cawan gula merah pasir (brown sugar)
  • 1 biji telur
  • 1 3/4 cawan tepung
  • 1 sdt soda
  • 1 sdt vanila
  • 1/4 sdt garam halus
  • 1 cawan Macadmia cincang dibakar dulu
  • 1 1/2 cawan chocolate chips


Cara Menyediakannya

  1. Pukul gula (merah dan putih) dengan mentega sehingga sekata lebih kurang 5 minit
  2. Masukkan telur diikuti esen vanila
  3. Masukkan tepung yang telah disatukan dengan soda
  4. Biar sebati dan masukkan chocolate chips dan macadamia
  5. Sudukan adunan dalam loyang pembakar
  6. Bakar pada 170 selama 15 minit atau sehingga kekuningan.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


3 comments:

Unknown said...

Yummy...sdpnya sis...nk tnye 1 cwn mntega 2 brpa gram ea?

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

as salam emelda..1 cawan mentega lebih kurang 225 gram...selamat mencuba

Unknown said...

Waalikumsalam..tq so much sis..wjib cba..bhan pn mdah..InsyaAllah:)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...