Pages

Sunday, September 28, 2014

CHEESY BANANA FRITTERS/ GORENG PISANG CHEESE - SO YUMMMY



Pisang Goreng Cheese..merupakan satu pengelamaan baru buat saya. Mula dengar memang terasa pelik tetapi bila dah cuba pasti hendak lagi. Jalan-jalan menziarah anak saya di UKM singgah makan dan ternampak sebuah gerai kecil menjual goreng pisang cheese Jakarta, ramai yang beratur membeli pastinya sedap..so kalau tidak mencuba memang rugi rasanya. Saya minta pek original, satu box harganya RM7..pergghh..memang sedap.

Mengintai penjual itu membuatnya dan dengan deria rasaa saya saya balik mencubanya..nyta berbaloi dan cukup sesuai buat minum petang. Saya tidak mempunyai sukatan untuk resipi ini tetapi yang ingin mencuba boleh ikut apa yang hendak sayaa huraikan sebab ia tidak memerlukan resipi kerana terlalu simple.

Goreng Pisang ini katanya asal dari Jakarta dan cuku[ [o[ular di Sabah dan Sarawak. Boleh guna apa pisang sekali pun tapi saya lebih gemar menggunakan pisang Abu atau pisang Awak sebab saya suka yang manis.

Bahan yang sayaa gunakan ialah

Pisang Goreng - Saya guna tepung goreng pisang ranggup
Mentega cair
Gula Merah
Parutan Cheese

Pisang yang sudah siap digoreng disapukan dengan mentega cair, kemudian ditaburkan dengan gula merah dan parutan cheese.....perghhh..panas-panas dengan teh tarik memang dunia ini ana yang punya. Selamat Mencuba.





No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...