Pages

Tuesday, November 15, 2016

PANDAN GULA MELAKA CAKE



Hemmmm kek ini memang kena dengan tekak orang Melayu, gabungan pandan dan gula melaka memang satu kombinasi cukup mantop. Sirap gula melaka menambahkan keenakan pada kek ini. Kek yang cukup popular dikalangan blogger dilapis dan dihiaskan dengan swiss meringur buttercream memang sedap



Kek Pandan Gula Melaka
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 190 gm unsalted butter
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 255 gm gula halus atau gula caster 
  • 3 biji telur saiz A ~ suhu bilik
  • 105 gm santan KARA
  • 45 gm air suam
  • 1 sudu besar pandan emulco
  • 3 sdb susu penuh krim


  1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
  2. Satukan santan, air, susu, pandan emulco dan gaul rata ~ ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
  4. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
  5. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
  7. Tuang ke dalam loyang mengikut jumlah yang sama banyak
  8. Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak
  9. Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream
  • 50 gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

Resipi Buttercream

  • 1 cawan gula
  • 4 biji putih telur
  • 390 gram butter
  • 1 sudu kecil vanilla esen


cara membuat
  1. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalam putih telur
  2. Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
  3. Campurkan vanilla dan gula melaka tadi. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit.
  4. Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu


Caramel Gula Melaka
  • 50 gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air

  1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
  2. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
  3. Masak semula hingga pekat. 
  4. Sejukkan
  5. Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...