Tuesday, November 22, 2016

APAM MANJA


Jangan tanya saya manjanya di mana ?, honestly saya tidak tahu, inilah first time saya makan dan first time saya cuba membuatnya....ha..ha out of curiosity bila nenguk kawan tayang di FB nya makanya aku jadi panasaran lalu ku google dan mencubanya

Rautnya macam apam balik tapi tidak ia sebenarnya boleh dianggap macam pancake berinti....so boleh imagine kan ? rasanya macam mana. Intinya pula don't limit yourself boleh guna apa aje, inti kelapa,, jem, peanut butter dan apa-apa je yang kita suka.

Over all boleh saya katakan sedap dan sesuai buat breakfast atau minum petang.






Apam Manja
  • 1 cawan tepung naik sendiri (guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
  • 1 bj telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • Secubit garam

Cara:
  1. pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
  3. Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat


BAHAN UNTUK INTI:

  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 1 sudu besar jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 tin jagung berkrim
  • Sedikit esen vanilla

cara:

  1. satukan semua bahan tapis
  2. dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    1 comment:

    fazian batrisyia said...

    menarik ni. mcm memanggil suruh cuba pulak tekak ni.

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...