Sunday, November 20, 2016

FRENCH BAGUETTE/ROTI PERANCHIS


Dah lama berhajat hendak membuat French Baguette ini tapi baru hari ini berkesempatan membuatnya. Bahan dan cara membuatnya sama ae dengan roti2 yang lain tapi roti ini nyata ranggup di luar dan lembut didalam.

Saya makan dengan kacang pol hari perghhh best segar dan ranggup




French Baguette

240 gram Tepung Roti
60g tepung superfine
1 ½ sdt Gula Kastor
1/2 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Garam Halus
 7 gram shortening
165 gram  air sejuk dari fridge

Cara-caranya :-
  1. Masukkan semua  gula, tepung dan garam dalam bekas pengadun dan kacau rata
  2. Masukkan yeast dan pukul selama 3 saat
  3. Perlahan2 masukkan air dan pukul pada low speed dan naikan speed dan pukul selama 30 saat sehingga menjadi rough dough
  4. Masukkan shortening dan uli lagi 3 minit
  5. Keluarkan doh dan masukkan kedalam berkas bersih dan tutup tutup dengan plastik...biarkan selama 40 minit
  6. Lepas 40 minit, doh pun dah kembang
  7. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan leperkan doh berbentuk 4 segi kemudian gulung
  8. Tekan bahagian kelim dan letak bahagian ditekan ke bawah
  9. Kelar bahagian atas doh dan perap sehingga selama 30 minit
  10. Panaskan oven pada suhu 180 c
  11. Spray doh yang mengembang dengan air dan bakar selama 15 - 20 minit 



      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...