Thursday, November 19, 2015

TALAM PISANG


Resipi talam yang mudah disediakan, lemak sedap dan sesuai buat minum petang atau sarapan pagi. Resipi adaptasi dari kekawan di kongsi resipi tidak banyak kerenahnya dan cukup sesuai jika pisang yang dibeli di rumah tu tidak diusik-usik, Boleh dibuat menggunakan loyang atau acuan kecil-kecil


Talam Pisang

Bahan lapisan bawah

  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan pisang dilecek
  • Garam secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning


Caranya:
  1. Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis.
  2. Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
  3. Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
  4. Kukus dalam 15 minit.

  
Bahan lapisan atas

  • 3 cawan santan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • Garam secukupnya


Cara-caranya:
  1. Semua bahan disatukan dan ditapis.
  2. Masak diatas api perlahan.
  3. Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi.
  4. Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
  5. Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
  6. Kukus lagi dalam 20 minit.


Tunggu talam benar-benar sejuk barulah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak.

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Kongsi resipi
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...