Tuesday, November 17, 2015

APAM LABU


Jumpa resipi ini dalam FB, nampak menarik jadi saya copy, simpan dan tunggu masa sesuai untuk mencuba. Dalam ghairah hendak copy resipi terlupa nak masukkan nama empunya..so harap maaf dan halalkan Memang sedap apam ini lembut dan gebu tetapi jika ingin mencuba jangan mengharapkan ini mereka, kerana ia bukan jenis merkah. Apa pun kuih ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang


Apam Labu

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor 
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-

  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat


Bahan C:- (ayak bersama)

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder


Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  5. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  6. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.
  7. Biarkan adunan sehingga 1 jam 
  8. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  9. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.




RECIPE SOURCE:  unknown
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...