Monday, November 16, 2015

SARDINE ROLLS


Kepada yang seangkatan dengan saya tentu masih ingat tentang pastry ini yang diajar dalam kelas home science....ha..ha teknik rub in, dimana mentega digaul dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumbs. Dah lama saya tidak membuatnya tiba2 terasa teringin makanya sampai juga hajat Saiz rolls bergzntung kepada cita rasa masing2, boleh kecil dan boleh besar begitu juga inti sardinnya beh pedas atau boleh sedang-sedang aje

Sesuai buat minum petang atau hidang majlis ringan.


Sardine Rolls

Untuk Kulitnya
  • 240 g tepung diayak
  • 120 g mentega sejuk diptong dadu
  • 4 sdb air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 biji telur asingkan kuning dan putih


  1. Masukkan tepung dalam mangkok
  2. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk  roti
  3. Buat bulatan ditengah tepung dan masukkan air sejuk
  4. Gaul sehingga  menjadi doh
  5. Rehatkan doh selama 30 minit


Sardine Rolls
  • 1 tin sardine, tos sosnya
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 biji cili hij2u dihiris nipis
  • 2 sdb cili pes
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 sdt jus limau
  • garam secukup rasa

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan pes cili dan biar sehingga agak gareng
  3. Masukkan hirisan cili hijau dan sardin yang dihancurkan
  4. Masukkan garam dan air limau
  5. Biar kering sedikit dan angkat
  6. Sejukkan sebelum dijadikan inti
  7. Canai pastry lebih kurang 3mm tebal dan potong persegi 4x4in.
  8. Isikan inti sardin, sapu tepi pastry dgn putih telur kemudian gulung dgn kemas.
  9. Kelar atau cucuk dgn garpu, griskan dengan kuning telur.
  10. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit, keluarkan semula, sapu lagi dgn kuning telur supaya terang. Bakar lagi pada suhu 130C selama 15 minit atau hingga masak 


    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...