Monday, November 09, 2015

CLAYPOT CHICKEN RICE BOK CHOY TIRAM


Menu food court yang biasanya dijual oleh peniaga Cina, yang mana ada yang agak was-was untuk memakannya, tapi cukup mudah menyediakannya di rumah. Penting kena ada claypot atau periuk tanah. Resipi ini penting pada sos yang digunakan untuk memerap ayam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram memainkan peranan yang penting.

Resipi dibawah ini adalah untuk penyediaan 2 claypot rice. 1 cawan beras ngam-ngam untuk 1 claypot. Saya masukkan juga cendawan dan ikan masin goreng dan selain dari makan nasi ini begitu aje, nasi ini juga sedap digukan dengan sayur bok choy.





Claypot Chicken Rice

  • 2 ketul dada ayam yang dipotong kecil
  • 2 cawan beras
  • 5-7 keping cendawan shitake (rendam di dalam air suam selama 20 minit dan hiris)
  • 3 cawan stok ayam (boleh guna kiub knor dan rebus air buat sebagai air stok)
  • 3 helai daun bawang (hiris halus) 
  • beberapa ikan kurau masin - goreng
Sos
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos manis kicap
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 inci halia (cincang)
  • 1sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sdb tepung jagung
Cara Menyediakannya

  1. Perap ayam, cendawan dengan bahan sos, dan stok  sekurang-kurangnya setengah jam..
  2. Panaskan minyak 1 sudu di dalam kuali dan masak ayam yang telah diperap itu selama 5 minit. Angkat dan ketepikan
  3. Masukkan beras dan stok ayam di dalam claypot tutup dan letak di atas api sederhana sehingga mendidih.Perlahankan api.Biarkan lagi selama 15 minit dalam tempoh itu nasi sepatutnya masak 
  4. Tuang campuran ayam di atas permukaan nasi.Tutup semula.Letak atas api perlahan selama 15 minit lagi atau sehingga ayam empuk dan betul-betul masak.Kacau dan tabur daun bawang, ikan masin di atasnya.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    2 comments:

    tun_telani said...

    salam kak paty.. tun suka chinese food, tp tak tahan bau shiitake tu.. jd mmg kat kedai xbeli.. kat umah buat claypot sendiri xletak shiitake, puas hati makan. hehe

    Dewi Aja said...

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...