Tuesday, November 03, 2015

CHICKEN EGGS KORMA / KORMA AYAM DAN TELUR


Resipi korma yang mudah disediakan, bertambah mudah dengan adanya rempah korma yang siap. Saya menggunakan rempah korma Baba's.  Ayamnya saya goreng dahulu, boleh juga dimasukkan begitu sahaja. Untuk menambah aroma korma ini saya masukkan hirisan daun ketumbar. Lauk ebegini sedap dimakan bersama nasi putih ataupun apa jenis nasi seperti nasi minyak atau nasi tomato.

Kurma Ayam & Telur

  • 5 ketuk peha ayam (goreng garam kunyit0
  • 3 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
  • gula secukup rasa
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • 1 paket kecil rempah kurma
  • 2 tangkai daun ketumbar (potong 3)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
  • 1 cawan air
Bahan Blend
  • 7 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia 
Bahan Tumis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bawang bear hiris, rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar.
  2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
  4. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng, telor, daun ketumbar dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan susu cair,kemudian masukkan asam keping, gula dan garam.
  7. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

* boleh gantikan susu cair  atau santan, tambah air jika ingin berkuah
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

1 comment:

iriana dewi said...

keliatannya sangat enak sekali , jadi ingin sekali untuk menyobanya !!

Obat Tradisional Hepatomegali

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...