Macaron lagi ha..ha boleh giler dibuatnya, entah la nak kata sedap eidak juga tapi mungkin kerana ia comel maka ramai yang menyukainya lebih-lebih lagi kalau pandai bermain dengan warna. Kali ini saya mencuba method pembakaran yang lain dari biasa, oven dipanaskan 20 - 30 minit awal pada suhu 50 atas dan 100 api bahawa, Api oven dimatikan bila macaron dimasukkan ke dalam, Macaron dibakar dengan haba oven sehingga masak...ha..ha pelikkan tapi itulah caranya macaron naik kakinya cantik macam biasa, tapi kalau sangsi bolehlah gunakan method biasa bakar pada suhu 150 c selama 20 minit
Untuk fillingnya pula bolehla guna apa-apa filling kesukaan
- 40 gm telur putih
- 35 gm gula kastor
- 50 gm gula ising
- 40 gm serbuk badam
Cara-cara:
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh.
Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan kaup-kaup
Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit).
Notes
1 comment:
Thanks for sharing. I love reading your blog. Bnyak resepi yg sy dh try. Sgt seronok try try msak menu baru.
Post a Comment