Pages

Tuesday, March 28, 2017

MEATBALL WITH PASTA


Kadang-kadang benda yang tidak dirancang itu menjadi. Jalan-jalan area Ampang singgah kedai Arab adalah hendak mencari rempah Kabsah, nampak daging segar makanya terus tertarik. Saya beli 1 kg minta dia kisarkan, beli aje dulu belum ada plan, tapi entah macam mana mungkin secara kebetulan kekawan share resipi meatball dari juara Master Chef Malaysia, Ezani, jadinya terpanggil untuk mencuba kerana katanya rahsia meatballnyl terletak pada kepingan roti yang direndam bersama susu. Ialah biasanya membuat meatball saya guna breadcrumbs tapi kali ini menggunakan kepingan roti.

Bahan lain semua macam biasa tapi untuk mendapat rasa yang sedap lagi dimasukkan sedikit parmesan cheese dan parsley cincang. Lelehan minyak dari gorengan meatball ini saya gunakan untuk membuat sosnya. Saya hidangkan meatball ini bersama mashed potatoes dan pasta....mama mia heavenly great





Meatball

    • 700 gram daging cincang
    • 1 biji bawang besar – cincang halus
    • 1 genggam parmean cheese
    • 1 genggam parsley dicincang
    • 2 biji kuning telur
    • 2- 3 keping roti direndam bersama susu dan dicarik-carikkan
    • 30 ml susu segar


    1. Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. 
    2. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
    3. Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak. 
    4. Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.


    Sos Gravy
    • lebihan mentega dan lebihan lelehan daging yang dimasak tadi
    • 2 cawan stok ayam
    • 2 cawan krim masakan
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 1 sdb worceshire sos
    • 1 ketul kiub ayam
    • sedikit serbuk lada hitam
    • bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat (*)
    • garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa



    Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
    Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...