Pages

Wednesday, March 22, 2017

PANDAN GULA MELAKA SLICE CAKE


Pandan Gula Melaka Cake...perghhh tak tahu nak cakap apa, memang menjadi sumber rezeki kepada kebanyakan homebaker. Kek ini memang tengah top dan cara slice ini paling digemari kerana ia mudah dihidangkan, tak perlu fening-fening untuk memikirkan cara untuk menjamu tetamu...ha..ha tuan rumah cuma sediakan pinggan dan garfu. 

Resipi ini boleh digunakan untuk kek bulat biasa mahupun untuk cupcakes








Pandan Gula Melaka Slice Cake

    • 300 gm tepung naik sendiri
    • 190 gm unsalted butter
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1/2 sudu teh esen vanilla
    • 255 gm gula halus atau gula caster 
    • 3 biji telur saiz A ~ suhu bilik
    • 105 gm santan KARA
    • 45 gm air suam
    • 1 sudu besar pandan emulco
    • 3 sdb susu penuh krim

    1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
    2. Satukan santan, air, susu, pandan emulco dan gaul rata ~ ketepikan
    3. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
    4. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
    5. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
    6. Tuang ke dalam loyang 10 x 10
    7. Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak Setelah masak, sejukkan atas redai


    Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream
    • 50 gm gula Melaka
    • 1 helai daun pandan
    • 1/8 cawan air

    Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut Kemudian sejukkan

    Resipi Buttercream
    • 1 cawan gula
    • 4 biji putih telur
    • 390 gram butter
    • 1 sudu kecil vanilla esen

    Cara membuat
    1. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalam putih telur
    2. Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
    3. Campurkan vanilla dan gula melaka tadi. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu

    Caramel Gula Melaka
    • 50 gm gula Melaka
    • 1 helai daun pandan
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 cawan air


    Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air Masak semula hingga pekat.  Sejukkan Bila dah sejuk baru drizzle atas cake tadi
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...