Incredibly Penang has two Prawn Mee, the Chinese version which is the Hokkien Mee click here on my Hokkien Mee and the Malay version which is the Mee Udang Sungai Dua. Both are truly popular and a MUST TRY if one's happen to travel to Penang. In my previous entry I had shared with you the Chinese version which is slightly clear soupy type....today let's try the Malay version of Mee Udang Sungai Dua. Sungai Dua is a district in Mainland, Penang..so the noodle got its name from this district. The Mee Udang Sungai Dua used fresh catched prawn and normally the big size prawn..it's really...really fresh. The Malay version of Mee udang is a fiery red in colour...with tomato soup base gravy.
Ingredients and method of preparing the soups are almost the same..lots and lots of prawn used especially the prawn shell, cooked and blend to retain the prawn stock. There are two ways of preparing this noodle, is either you prepare per serving or you prepare the soup in quantity. Either ways are ok....but I like my by per serving. Here's how I made my Mee Udang...
Ingredients:
1 kg yellow noodle / 1 kg mee kuning
600gm of big-sized sea prawns / 600 g udang bersaiz besar
3 stalk green mustard cut into 1"length / 3 tangkai sawi dipotong 1" panjang
100 g beans sprouts / 100 g taugeh
1/2 cup tomato sauce - I used Kimball / 1/2 cawan sos tomato - saya guna kimball.
Cooking oil / Minyak masak
Salts to Taste /Garam secukup rasa
Prawn Stock
1 -2 kg prawn shell, cleaned and cooked and blended, drain water and retain the stock / 1-2 kg kulit udang dibrsihkan direbus dan diblend, tapis airnya
1-2 kg chicken bones, / 1-2 kg tulang ayam
1/2 kg potatoes cook and mashed / 1/2 kentang direbus dan dilecek
- Place prawn stock in a pot and add chicken bones 2 rock sugarand Simmer for 1/2 an hour and set a side. You can adjust the amount of water for your stock / Tapis dan masukkan stok udang dalam periuk. renehkan stok bersama dengan tulang-tulang ayam. Masukkan gula batu dan renehkan menjadi stok.
- Add mashed potatoes to thicken the stock...you got to use your judgement here / Masukkan kentang lecek untuk pekatkan sos.
15 dried chilies / 15 tangkai cili kering
5 cloves of garlic, / 5 ulas bawang putih
9 shallots / 9 biji bawang merah.
Blend all ingredients to form paste and set aside / Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah dan letak sebelah
Garnishing:
2- 3 eggs, hard-boiled, peeled and halved/ 2-3 biji telur rebus
2- 3 lime cut into wedges / 2-3 biji limau nipis
3 stalk of spring onion, chopped / 3 tangkai daun bawang dihiris halus
Fried crispy shallot/ Bawang goreng.
Method:
- Heat enough oil in a wok, saute 2 tbsp chili paste till fragrant, Add stock and prawn 1-2 prawns per serving. /Panaskan minyak dan tumis pes cili sehingga garing dan naik baunya. Masukkan stok udang dan ayam tadi ikut banyak mana anda suka. Masukkan udang 1-2 ekor untuk sepinggan hidangan
- Add 2 tbsp tomato sauce and salts to taste / Masukkan 2 sdb sos tomato dan garam secukup rasa.
- Add noodle about a handful, together with green mustard and bean sprout. Adjust the amount of stock that you like./ Masukkan mee, sawi dan taugeh. Gaul rata
- Serve up and garnish with onion, spring onion, egg, lime and fried shallot./ Hidang atas pinggan bersama limau, telur daun bawang dan bawang goreng.
Cook's Note
If you wish to prepare the soup separately you can follow the steps above, Ingredients are for 1-2 kg noodles. You got to blanch the noodles, green mustard and bean sprout in advance. All you need to do is to prepare the serving with noodles first then green mustard and bean sprouts scoop the soups and top with eggs, spring onions, lime and fried shallot. The choice is yours./ Jika anda memilih untuk memasak cara berasingan ikut langkah-langkah di atas tadi. Bahan yang saya senaraikan adalah untuk 1-2 kg mee kuning, cukup untuk satu periuk kuah. Jika cara ini mee harus dicelur dahulu begitu juga dengan sawi dan taugeh. Semasa menghidang letakkan mee dahulu diikuti sawi dan taugeh, sendukkan kuah dan letakkan telur rebus, limau, daun bawang dan bawang goreng. Dua cara untuk anda pilih mengikut selera dan kesesuaian keadaan.
Menariknya Mee Udang di Penang ini, ianya terdapat dua jenis, satu Mee Udang Cina yang lebih dikenali sebagi Hokkien Mee dan satu lagi Mee Udang Melayu iaitu Mee Udang Sungai Dua. Saya telah berkongsi dengan anda cara membuat Mee Udang Cina iaitu Hokkien Mee dalam N3 saya yang terdahulu dan untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang cara membuat Mee Udang SG2. Mee ini mendapat namanya dari sebuah daerah di Seberang Perai Pulau Pinang iaitu daerah Sungai Dua, yang cukup terkenal dengan Mee. Jika anda ke sana pastikan anda akan dapat melihat banyak gerai atau warung yang menjual mee udang ini. Biasanya udang yang digunakan dalam mee ini adalah udang yang fresh tangkapan baru dan udang yang bersaiz besar...memang puaslah makan bagi peminat seafood.
Bezanya Mee Udang Cina dan Mee Udang Melayu terletak pada kuahnya, kuah Mee Udang Cina agak jerneh manakala kuah Mee udang Melayu berwarna merah..macam warna Mee Bandung kerana dalam kuah Mee Udang Melayu diletakkan sedikit sos tomato. Bahan dan cara membuatnya sama. Untuk Mee Udang Melayu ini anda mempunyai pilihan sama ada untuk memasaknya secara berasingan atau memasaknya secara keseluruh. Bahan yang saya sediakan ini sesuai untuk dua cara, tetapi kalau anda memilih untuk memasaknya secara keseluruhan, mee, sawi dan taugeh harus dicelur terlebih dahulu. kalau hendak memasaknya secara perseorangan mee dimasak secara mee bandung. Mee ini menggunakan banyak stok udang. Biasanya saya akan beli kulit udang di pasar, saya rebus, blend dan tapis airnya. Stok air udang ini direbus bersama tulang-tulang ayam dan gula batu...ini menambahkan kemanisan asli pada kuah. Untuk kepekatan kuah saya letakkan kentang rebus yang dilecek. Semua ini dibuat in advance ketika membuat stok udang.
Next Post -Flourless Chocolate Orange Cake
16 comments:
Good evening Kak Paty
wow...terbeliak mata nur tengok mee udg yg sedap nampak nya...aduhai kecur dibuatnya...yummy2
waduhhh kak memang terliur betul la mee udang akak ni. lama dah saya tak ke kedai mee udang sg.2 tu kak.dulu selalu sgt kesana memang best udang kita boleh pilih sendiri dan fresh yg hidup lagi tu. saya suka mee ketam kat sg.juru memang best sgt.blk cuti hari tu tak sempat nk ke sana.
mmmmm....yummy! nak udang besar & banyak! sedapnya K. Paty...kuahnya pun nampak menyelerakan!
wah! merah menyala! tun x pernah makan mee udang. biasanya tun kalau makan udang jadi gatal2.. sejak dua menjak ni je baru ok sket. tp tun pun tun makan sikit2 je n udang mmg perlu fresh betul. susah byk allergic ni. huhu
thnx for the recipe kak..mmg suka makan mee udang..tapi skang ni kena relax dulu..sdg menggaru2 nih..:(
kak paty..saya ada sepeket mee kat rumah ni..ingat nak buat mee goreng..lepas tengok mee udang akak ni rasa nak makan mee udang la pulak...hahaha..aduii la tekak....kekeke
Salam Quinnie...ok siap..mee udang ni memang sedap,,tanya orang Penang pasti dia orang kata YA MEMANG BEST
Salam Amynz...ok relax dulu....tak akan lari gunung dikejar...udang memanglah favourite ramaikan..sedap mee ni manis-manis udang
OK Tun ...reserve untuk open house 2012 tukar selera buat MEE UDANG PULAU PINANG
sALAM aMIE..KUAHNYA MEMANG SEDAP,,,MANIS-MANIS UDANG DAN KEPEKATAN KENTANG SATU KOMBINASI YANG MANTOP
menariknya mee udang ni.. harus dicuba ni... tgk udang tu posing pun terasa lapar dah
Salam Nieza...orang Penang kalau tak kenal Mee Udang memang saje la....akak pun macam Nieza kalau balik Penang wajib singgah
Salam Nur..baru tenguk Mee Udang PATYSKITCHEN sudah terbeliak mata..kalau tenguk yang original Sungai Dua..terkeluaq pula biji mata...sory Nur...gurau aje
Salam Juwita..welcome to Patyskitchen...tulah special Mee Udang Pulau Pinang, bukan sajesedap..Udang pun pandai posing...
Assalamualaikum Kak Paty
Selamat Tahun baru 2012
*Sedap nampaknya Mee udang Pulau Pinang tu...Lin pernah makan kat kedai...tapi masak sendiri x pernah lagi..
Salam Lin..selamat tahun baru..lama Lin tak singgah sini..apa khabar? Mie Udang ni memang signature orang Penang..selepas Laksa Penang ni Mee Udang Penang...memang sedap dan pada yang suka seafood dan suka meratah inilah dia sajianya
Post a Comment