Tuesday, March 01, 2016

BREAKFAST CASSEROLE



Namanya breakfast casserole tapi boleh juga dibuat hidang petang. Menu ini persis pudding roti cuma ini versi pedas. Cara membuatnya sama seperti pudding roti, menggunakan roti semalam.

Sausage digoreng bersama hirisan bawang besar sehingga kekuningan, kemudian ditabur di aras roti lalu dibakar. Sedap resipi ini lebih-lebih lagi dimakan panas-panas bersama cili sos.




Breakfast Casserole

  • 8 keping roti didadu
  • 6 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sausage didadu
  • 1/2 cawan brokoli dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/4 cawan mentega cair
  • garam dan lada secukup rasa
  • 2 cawan keju parut

  • Panaskan oven pada suhu 180 c
  • Sapu mentega pada loyang pembakar
  • Susun roti dan curah baki mentega
  • Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga gareng
  • Masukkan sausage dan biar goreng sehingga masak
  • Masukkan brokoli, gaul rata dan angkat
  • Pukul telur dan masukkan lada sulah dan garam. Masukkan susu dan pukul rata
  • Curah adunan telur pada roti, kemudian curahkan pula sausage, bawang goreng dan brokoli
  • Akhir sekali taburkan cheese
  • Bakar selama 30 minit
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...