Pages

Saturday, June 06, 2015

AYAM GORENG KUNYIT BASAH / CHICKEN TUMERIC


Ayam kunyit ini ada masakan Thai popular. Mudah menyediakan...dan resipinya tidak berkuah dan agak kering sedikit. Saya membuat sedikit olahan kerana saya lebih suka berkuah, jadi saya masukkan sos tiram dan sedikit stok ayam

Ayam Kunyit ini sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.




5.0 from 2 reviews

PrintAyam Goreng Kunyit


300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
1 sdb sos tiram
1/2 cawan stok ayam

Cara Penyediaan:

  1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Masukkan sos tiram dan stok ayam. Biar seketika
  4. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...