Pages

Tuesday, June 02, 2015

HAZEL NUT CHOCOLATE CAKE


I love this cake.....sedap..chocolate cake dilapis dengan hazel nut sponge dan mascarpone cheese mousse. Boleh menggunakan apa-apa resipi kek chocolate yang kita ada. Untuk toppingnya pula saya guna the simple chocolate ganache dan dihias dengan fresh fruits,

Sesuai buat minum petang dan untuk birthday cake.



 5.0 from 2 reviews
Chocolate Hazel Nut Cake
Print

  • 4 biji telur
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 15 gm ovalette
  • 35 ml air
  • 95 gm tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 60 gm mentega ~ dicairkan
  • 50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar

Cara-Cara

  1. Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
  2. Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
  4. Masukkan Hazelnut dan kaup balik perlahan.
  5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
  6. Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan

MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 100 gm coklat masakn gelap di cincang
  • 8 gm gelatin
  • 30 gm air
  • 250 gm krim bukan tenusu
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
  1. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
  2. Kemudian telur, masukkan dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
  3. Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
  4. Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan
Bahan B

  • 230 gm Mascarpone
  • 100 gm gula icing
Cara-Cara
Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.

Chocolate Ganache

Bahan A

  • 250 ml krim tenusu
  • 40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek
Bahan B

  • 400 gm coklat masakan gelap
  • 30 gm mentega
  • 1 sudu besar pes hazelnut
Cara-Cara
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk. Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul sempurna. Tambahkan pes hazelnut. Gaul rata. Sejukkan.
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Cara Melapis
Potong kek chocolate moist kepada 4 keping ( amek 3 keping sahaja ). Potong kek hazelnut kepada 2 bahagian.
Letakkan 1 keping kek chocolate moist atas papan kek, sapu krim dan letak 1 keping kek hazelnut dan ratakan krim.
Ulang langkah 2 dengan kepingan kek chocolat moist sehingga lapisan terakhir.
Sapu keseluruhan kek dengan baki krim. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

Hias dengan chocolate ganache

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...